Sunday, 31 July 2011

Kelebihan Solat Sunat Terawih

Assalamualaikum.

Bersempena dengan bulan Ramadhan, di sini saya ingin kongsikan mengenai Kelebihan Solat Sunat Terawih, moga-moga kita semua akan mendapat manfaat darinya; 

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Saturday, 30 July 2011

Ahlan Ya Ramadhan

Asslamualaikum.

Alhamdulillah! Ramadhan kian menjengah, moga Ramadhan kali ini boleh membawakan 1001 sinar hidayah dalam hidup kita semua sebagai umat junjungan besar Nabi Muhammmad s.a.w. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda;

"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."

Ayuh! sama-sama kita semarakkan Ramadhan dengan Solat Terawih, Tadarrus Al-Quran, Iktikaf, Qiamullail, Banyakkan Sedekah dan Melakukan Banyak Amalan-Amalan Yang Terpuji. Moga Ramadhan kali ini kita tidak akn rugi lagi.....


sumber: google

Wednesday, 27 July 2011

Ed!s! Kecur L!ur

 
Tersembunyi dan Terselindung!
Taraaaaaaaaa!
Versi Close Up!
Sudah dipotong!

Sedia untuk dinikmati, yummy! yummy!
Psssttt....cer teka? cer teka? cer teka? Puas hati dapat makan buah ni, RM 10/kilo. 7 biji ni ngam-ngam 1kilo. Kalau makan dengan kuah rojak buah pun sedap juga ni. Anda semua panggil buah ni dengan nama apa yer????


Monday, 25 July 2011

Na!k, Na!k Dan Terus Na!k

Dulu maintain saja. Tak pernah lebih dan tak pernah kurang, 35-37kg! Walaupun BMI sememangnya tidak normal, tergolong dalam golongan orang yang kurang berat badan, tapi saya tak kisah! sebab saya rasa saya selesa dengan diri saya. Pakailah apa saja, semuanya BOLEH!

Tapi semenjak lepas kahwin saya dapat rasakan perubahan. Dari 35kg ke 37kg, hati kata '....xper, still maintain lagi.' Selepas itu, naik pula ke 40kg, '....hmm, mungkin mood hepy pas kahwin kot.' Naik lagi ke 43kg, '....alamak!' dan terkini naik pula mencecah 45.9kg! '....weight scale ni rosak ke?!!!'

Ohohoi! bad news! weight scale tu sememangnya tidak rosak, elok dan sememangnya berfungsi dengan baik! itulah 'hakikat' yang terpaksa saya terima dan hadapi kini ;- ( berat badan saya naik mendadak! owh tidakkkkkkkk!!!!!

Fasa perubahan sudah mula terasa. Saya dapat rasakan yang diri saya makin 'seksi dan seksa'! Anugerah ciptaan Ilahi pada setiap wanita yang dulunya mampu saya sorokkan sudah mula terserlah 'kegebuannya' sama ada di bahagian hadapan atau belakang...Ya Tuhan!

Azam saya kini, bersempena dengan bulan Ramadhan yang semakin mendatang agar saya diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah di samping mampu mengekang pertambahan yang kian mendadak ini....cukuplah sudah!


Sunday, 24 July 2011

S!nga vs Har!mau



Pabila dua kuasa besar 'bertemu', apa kesudahannya? Adakah sang S!nga boleh terus selesa @ sang Har!mau yang sudah ketinggalan bisa mengejar semula?

Entah! bagi saya masih banyak yang perlu diperbaiki oleh jurulatih Datuk K. Rajagopal terutamanya pada bahagian pertahanan yang begitu 'ampuh dan rapuh'. Menjadikah percaturan Datuk K. Rajagopal yang meletakkan Sarbinee Alawi sebagai penjaga gol? terlalu kaku dan terlalu mengharapkan barisan pertahanan untuk mengekang serangan pihak lawan...

Nantikan perlawanan timbal balik di Bukit Jalil.

Walaubagaimanapun, semangat sang Har!mau masih tampak kuat dan boleh dipuji dengan merapatkan jurang walaupun pernah jauh ketinggalan dengan 4-1 menjadikan penamat perlawanan 5-3.

Ayuh seluruh warga Malaysia, kita bangkit sepadukan sokongan buat skuad Har!mau Malaya!

Saturday, 23 July 2011

'...Nak Pergi Mekah Balik Hari Ker...?'

Pagi semalam sempat ke pasar tani dengan suami, masa saya tengah pilih-pilih sayur kat satu gerai seorang makcik ni tetiba datang seorang makcik 'vogue' (sebab walau dah berusia dalam lingkungan 60an tapi dressing dia siap berkebaya dan berselendang ala-ala yuna gitu)!

'....yang, pucuk ni berape harge?'
'RM 0.50 sen je...'
'Huh, kat sana jual RM 1! Mahal betul...dia ingat semua orang kaya-kaya main letak harga sesuka hati jer, geram sangat tadi saya tanye dia nak pergi mekah balik hari ker? cekik darah betul! kata pasar tani sayur murah-murah tapi ada jugak yang suke ambil kesempatan!....bla...bla...bla...

Makcik gerai yang sedang melayan saya hanya tersenyum jer sambil pandang saya. Semua orang kat gerai tu juga memberikan reaksi yang sama. Mungkin semua orang terkejut dengan reaksi makcik vogue tu yang tetiba jer datang menerjah.

Selepas itu, dalam kereta on da way nak balik ke rumah tagline 'nak pergi mekah balik hari' menjadi topik perbualan antara saya dan suami. Bagi saya, ada juga betulnya kata-kata makcik vogue tu. Kalau saya bandingkan harga barang area kemaman ni dengan tempat lain contohnya dungun memang banyak beza. Kalau barangan elektrik boleh dikatakan perbezaan harga mencecah RM200 lebih murah di dungun! Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang suka survey barang sebelum membeli. Kalau harga makanan pula (di sesetengah tempat) terkadang mengalahkan harga di KL atau Penang!

Saya pun xtau mengapa? tapi bila saya tanya kawan-kawan yang dah lama menetap kat sini diaorang cakap mungkin sebab area kemaman ni berdekatan dengan loji penapisan minyak petronas (area paka, kertih dan kawasan yang sewaktu dengannya). Jadi ramailah orang daripada luar terengganu yang datang bekerja di sini, so kalau letak harga tinggi-tinggi pun orang akan tetap beli juga (sebab orang yang kerja projek ni poket tebal)....tapi yang kesiannya kat orang jati sini yang kerja biasa-biasa saja, terpaksa menghadapi 'tempias' situasi sebegini...

Wallahhua'lam!



Thursday, 21 July 2011

Ingat 5 Sebelum Datangnya 5

Alhamdulillah! akhirnya dapat juga saya bersiaran setelah sekian lama (walaupun xsampai seminggu) menyepi. Begitulah hukum alam, sedangkan kita sentiasa diberikan peringatan ingat 5 sebelum 5...sebagai manusia biasa mungkin terkadang kita alpa namun kadangkala bila apa yang kita sentiasa kedapatan telah 'tiada' atau hilang buat seketika baru kita mula tahu apa itu erti 'menghargai' di waktu ada.

Ahad lepas diri 'diserang' keuzuran. kenikmatan 'sihat' telah ditarik buat seketika. Waktu itu, hanya Dia yang tahu betapa saya menghargai 'nikmat' sihat. Berbanding ramai lagi insan lain yang lebih 'hebat' ujian yang ditanggung mereka, saya insaf!

Bagi saya, mungkin ini adalah salah satu 'ujian' yang Allah berikan untuk menguji sejauh mana kesabaran saya dalam menghadapi 'ujian' dariNya. Redhakah saya? Ya, saya redha! Muhasabahkah saya? Ya saya sempat bermuhasabah. Syukurkah saya? Ya, saya teramat bersyukur. Sesungguhnya dalam 'sakit' itu adanya 'nikmat' yang mungkin terkadang kita tidak sedar atau terlepas pandang.

Syukran Ya Rabb!

....kerna berikan saya merasai 'sakit' agar saya menghargai apa itu nikmat 'sihat'.




Wednesday, 13 July 2011

~WW~Anda Bagaimana?



Saya PERNAH;

*Diserang DEMAM DENGGI


Saya DAH;

*Terima pamplet berkenaan DENGGI
*Buat semburan wasap sekeliling rumah
*Bersihkan kawasan rumah
*Hapuskan tempat aedes membiak


Anda BAGAIMANA?





Monday, 11 July 2011

Submit Assignment Untuk Cik Nani








Pertama sx  a very BIG and SPECIAL thnx utk cik nani dr LifE Is BeaUtifuL sbb sudi 'kurniakan' sy award kt atas ni. Hehe, tp bkn award ni sje yg sy dpt tau, ada yg lg ISTIMEWA iaitu syaratnya pla sy kena la reveal 7 Perkara Yang Anda Semua Belum Tahu Tentang Saya....Adoit!

Bila bc jer, nukilan cik nani tentang dirinya tu sumenya menarik dan mmg konpem sblm ni sy mmg xthu pun....yer la kn dh namenya 'perkara yg semua org blm thu'. Jadi dr smlm sy asyk perah otak, nk kaji blik tntg dri sy ni...apa lg yg org blm thu yer? jom baca jer la yer;


7 PERKARA YANG ANDA BELUM TAHU TENTANG SAYA A.K.A NURHIDAYAH HJ. MANAF

1. Nama penuh sy ni, Nurhidayah (Cahaya Petunjuk) diberikan oleh....cer teka,cer teka, cer teka? mak sy? salah! ayah sy? pun salah! nenek sy? salah jugak! atuk sy? lg la salah?! dh boring nk teka yer....ok la, ok la....sbnrnya nama penuh sy ni diberikan oleh kak long sy. Ms tu dia baru berumur 14 tahun. Arwah mak sy cite kt sy ms tu kak long sy smpai mrajuk2 nk letak nma sy sbb dia ckp itu adalah nama idaman dia sbb maksudnya baik. Jadi, sbb dia dh xblh guna nama tu, adik dia dpt guna pun dia hepy sgt! Ms arwah mak sy mula2 cite asl-usul nma sy tu, rs touching sgt dan ms tu jgk sy peluk dan cium kak long!

2. Sy adalh anak bongsu dr 6 org adik-beradik (3 lelaki dan 3 pompuan). Tapi cuma ank bongsu 1 mak 1 ayah sje tau... pelik ker? gini citerny...arwah mak meninggal waktu sy darjah 2 lagi, iaitu ms umur sy baru 8 tahun disebabkan breast cancer. Mgkn sbb ms tu sy msh kcil lg dan masih mmerlukn perhatian dan kasih sayg dr seorg ibu, jadi setahun slps arwah mak 'pergi' ayah berkahwin lagi. Hasil perkongsian hidup ayah dgn mak baru (yg tersgt la baik mcm mak sndiri), sy dpt lg 3 org adik. So, status bongsu tu cuma utk 1 ayah dan 1 mak saje la. Kalau 1 ayah 2 mak, status sy dh bertukar jd 'kakak'....sbb kwn2 yg xbpe nk thu sejarh hidup sy jd 'pelik' yg sy d'pggl 'adik' dlm family walaupun msh ada adik di bawah sy.

3. Masa kecik2 dulu sy lg rapat dgn ayah brbanding dgn arwah mak sbb ayah suka manjakan sy sedangkan arwah mak plk mmg 'tegas' dgn anak2, klu bt silp @ nakal mmg akan terasa la 'cubitan' yg halus dan menyengat kat paha....aduh! Seingt sy, ms dh masuk skolah tadika pun sy masih lg tido dgn arwah mak dan ayah. Hehe...sy tido kt tgah2 tp yg sy peluk tiap mlm adalah ayah! ptg2 lpas solat asar plk ayah suka bwk sy ikut dia pg lepak kt kedai kopi, pekena teh, smbl dgr kaum bapa dok sembg mcm2 cite....tp sy xmbk port pun, cuma asyk hirup teh yg ayah sejukkan dlm piring utk sy....suke sgt! bila time kuar jenjalan plk, pantg arwah mak dan ayah nk kuar pg mane2 ayah mst berkeras gak nk bwk sy same (walaupun arwah mak xnk bwk sbb dh bsar dan dh faham trick sy nangis guling2 mintk simpati ayah....hehe).

4. Kesukaan sy adalah rose merah jambu! sy pun xthu mgpa sy begitu tertarik sgt dgn rose merah jambu. Sy sukakan baunya yg wangi, ttp yg pntg sekali sy sukakan warnanya yg lembut. Bagi sy ia merupakan simbol kewanitaan. Walaupun nampk cantik, brbau wangi, penuh dgn kelembutan tp AWAS! ada duri di sekelilingnya. Andai tidak berhati2...ianya boleh 'melukakan' jari sbg senjata pertahanan diri. Stakat ni rose merah jambu yg plg bnyk pernah sy terima adalah pd majlis konvo sy iaitu sbnyk 30 kuntum (bersamaan dgn tempoh 3 thun perkenalan kami)! dr siapa? tentulah dr pakwe sy yg merangkap en.hubby sy skrg....

5. Ms kecik2 dulu sy hanya ada 2 MATLAMAT utama yg sy KEJAR dan USAHAKAN, iaitu Khatam Al-Quran dan belajar bersungguh utk masuk 'U'! Ini kerana 2 perkara berkenaan adalah 'amanat' terakhir dr arwah mak utk sy. Ms tu arwah mak baru shj selesai menjalani pembedahan utk membuang ketulan kanser pd payudara di Hospital Besar Kota Baru. Arwah mak panggil sy dan ckp '....mak nk adik belajar brsungguh2 biar smpai masuk 'u' dan mgaji quran biar khatam yer....'. Slps tu arwah mak beransur sht ttp 2 tahun slps tu arwah mak di'jemput'Nya tanpa sempt meningglkan sebarang pesan pd sy. Smpai skrg pesanan tu spt msh terngiang2 di telinga sy dan alhamdulillah, kedua2nya sudah sy tunaikan!

6. Sy mmg xblh dr org brleter, xthu knape....xsuke! xsuke! xsuke sgt! entah la, bila dgr jer org brleter kepala sy jd serabut sgt! mcm berselirat semua urat kt kepala ni....hatta org yg brleter tu bkn berleter kt sy pun! nk jer sy jerit kuat2 srh org tu senyap ataupun pegi jer berleter kt tmpt lain, yg pntg jgn la bg sy dgr leteran dia tu. Pernah ms kecik2 dulu arwah nenek dtg rmh sy, mcm2 yg dia berleter tntg makcik sy a.k.a menantu dia (nenek sy ni kategori mertua yg cerewet), sbb sy xtahan sgt dgr dia berleter sy kunci dia kt dapur xbagi kuar....nakal kn? bila ayah tanya knape bt mcm tu, selamba jer sy jwb '....serabut kepala asyk kena dgr nenek berleter jer....'. Bila time ayah berleter kt abg2 dan kakak2 sy plk (sedangkn diaorg xde pun kt situ) sbb ayah suke brleter kt blakang diorg jer, bila org tu ada kt depn mata....dia xsuke plk brleter, xfham! jd sy la yg sllu jd 'mangsa' tukang dgr....klu mcm tu selamba jer sy ckp kt ayah....'blh x ayah tangguhkn dulu 'kuliah' tu, nanti bila diorg blik ayah smbung blik...bru best'! hehe....ayah pun cuma senyum jer lar sbb dia dh fham sgt dgn 'perangai' sy yg satu ni.

7. Hmm, sensitifkah sy? yes! tp sy akan menjadi seorg yg sensitif hanya dgn family dan skrg dgn suami sy shj. Kalau dgn diaorg ni pantang jer diaorg ckp tinggi suara @ tegur sikit sy mmg akan cpt terasa, bahkan blh sampai menangis2. Dulu ms cuti sem 'u' sy sllu pg rmh kakak2 dan abg2 sy. Abg sy yg no. 2 tu (abg d) mmg tegas dgn anak2 dia, klu silp sikit mmg kenalah jawabnya. Ada satu mlm abg sy marh2 dgn tinggikan suara dan 'kurung' anak buah sy dlm bilik air tanpa buka lampu sbb xnk mgaji quran, meraung2 la budak tu sbb tkt gelap. Padahal abg sy marh kt anak dia tp sy lari masuk bilik smpai menangis teresak2. Apa lagi terkejut la abg dan kakak ipar sy....terkebil2 diaorg sbb xthu sbb apa sy nangis. Pastu baru la diaorg thu yg sy xblh dgr org mrh2 waima bkn diaorg mrh kt sy pun! pelik kn? tp itulah sy...smpai skrg ni pun, abg2 dan kakak2 sy xkn mrh anak2 diaorg dgn tinggi2 suara klu sy ada sama.


TAMAT!

Fuh! akhirnya dh abes sy cite, yg len2 tu nanti len thun kite cite yer. So, sbg meyambung 'tradisi'....di sini ingn sy menganugerahkan award di atas dan melakukan 'serahkan' tugasan ini pd bberapa org yg sy tringn sgt nk thu 7 perkara yg sy msh lg blm thu tntg diri 'mereka'. Sudilah kiranya 'mereka' yg 'bertuah' ini merealisasikannya yer,  blog yg bertuah ialah;



p/s: jom kita kongsi *cheritera*.....



Sunday, 10 July 2011

**mood hepy** sunday blues



Lalalala....ari ni sy gumbira sgt! nk tau nape? jeng! jeng! jeng! kasi suspen ckt....;





Pg td sy diserang 'sunday blues' (mood org malas nk pg keje). Ewah! ewah! suka2 hti jer kn cipta sndiri 'sunday blues' tu, yg biasa ada cuma 'monday blues' jer. Yer lar, kn sy skrg ni tggl kt pantai timur, so ari ahad adalah ari pertama dlm mggu bkerja. Adoit! malas sgt nk dtg keje pg td....Tuhan jer yg thu!

Tapi dlm malas2 tu sampai gak sy kt tmpt keje ari ni. Smpai jer kt parking lot, buka bonet kete nk tukar pkai heels (sbb sy suka drive pkai selipar jepun jer, tp yg cute tau....hehe). So, sbb tu sume heels yg chomel2 tu sy buat koleksi dlm bonet blakang kete (teruk kn....). Nk pg mane2 blh pkai terus, senang!

Aik???? Terkejut sgt bila tetiba jer nampk ada satu paper bag yg kecik tp cute dlm bonet kete pg td. Seingt sy xde plak sy letk @ terletk ape2 brg kt dlm tu. Conpius! Tp sbb paper bag tu dh sah2 ada dlm kete sy mst brg tu sy yg punyer kn, yer dak? suspen! suspen! ada bom ke ape...?

Oit! buka2 jer paper bag tu tersembul kuar spasang selipar warne kuning (yang org pkai dlm umah)...simple tp nmpk cute sgt! nampk mcm baru, siap brbungkus plastik lg....tp sape punyer?

Dlm sy mcm org mamai tu ttiba jer trima sms dr en. hubby;

"....cantik tak 'cik cute' tu....? nanti jgn lupe pkai tau..."

Owh! dr en.hubby rupanya! Bru tringt yg sblm tido smlm dia ada mintk kunci kete, katanya nk cri brg, tp bila msuk rmh xde pon bwk ape2....hmmm, bru ler fhm!

Yer la, dia blikan sbb 2,3 ari lepas sy ada mgadu, bt ayat sedih kt dia mcm biasa....ckp selipar yg sy pkai dlm opis 'uzur' sgt  (dlm opis sy xblh pkai kasut, 'shoe's off), nk pg bli asyk xsempt jer, sudahnya sy xpkai apa2 bjalan atas mozek, sbb tu kaki mula rs pedih2....ada tanda2 nk kena sindrom kaki pecah!

Hmm, sbb tu la kot dpt la jugak merasa pakai selipar free.....! dan dan tu jugak 'sunday blues' sy terus hilg. Alahai! kalau tiap2 kali 'sunday blues', dpt free gift mcm ni kn best....

Saturday, 9 July 2011

Sebuah Kisah Kehidupan


Fuh!

Baru boleh lepaskan lelah....pagi ni kelam kabut sikit, laju mengejar masa sampaikan rasanya bagaikan xterkejar.

Hari ini terjaga jam 6.45 pagi, kat luar rumah cahayanya dah terang-benderang. Alamak! Subuh dah melambai-lambai hendak pergi....tunggu, jangan pergi dulu! Kita belum lagi sempat bersua, mengapa cepat benar ingin berlalu....Ah! Rajukkah ia?

Kesal! Rawan! Tidak Merelakan! Kecewa!






Alhamdulillah!

Akhirnya, sempat jua kuucapkan 'selamat tinggal' pada sang subuh. Andai ada temuan kita, sudah tercatat dalam Loh Mahfuz, hari esok kita ketemu lagi. Tapi andai ini adalah pertemuan terakhir kita, kuharap 'kau' takkan membisu 'di sana' nanti. Katakanlah yang benar pada Dia yang Maha Pencipta....bahawa 'pertemuan' antara kita selalu 'ada'. Moga-moga akhiran sebuah perjalananku adalah di taman Syurga....Amin!






Satu kisah pengajaran buat pasangan suami-isteri yang sebelum tidurnya selalu takkan lupa untuk mengunci jam loceng. Tetapi apabila deringannya 'berkunjung', memang akan terus terjaga. Namun, hanya untuk 'mendiamkan' ia sambil dalam hati membisikkan "....ok, tunggu 5 minit lagi...." Sudahnya, bukan cuma 5 minit yang 'pergi'.....!

Plezzzzzz, jangan anda jua jangan jadi begini!











Thursday, 7 July 2011

Momen-momen Pertama Kali


Alhamdulillah!

Sebelum tu, nak inform awal2 yang n3 ni dibuat bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk @ menguar-uarkan pada seluruh 'dunia', cuma coretan ini dibuat untuk kenanganku di kemudian hari kerna ini adalah momen-momen pertama kali dalam kehidupanku sebagai seorang isteri.






Mungkin bagi kalian yang sudah lama bergelar isteri, saat ini sudah biasa dialami dan dirasai. Tetapi bagiku, hari ini adalah kali pertama aku berkesempatan untuk merasai pengalaman pertama 'bersahur' bersama seseorang yang bergelar 'suami'.

Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku berazam sekiranya diberikan kesihatan yang baik, aku ingin berpuasa di dalam bulan Syaaban ini, walaupun bukan sepanjang bulan yang Mulia, tetapi cukuplah sekiranya dapat mengerjakannya pada hari-hari yang disunatkan berpuasa.

Aku tahu, puasa sunat ini seeloknya dikerjakan di dalam bulan Rejab lagi dan dikesinambungankan sehingga bulan Syaaban menuju bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh keberkatan.....tetapi mungkin kerana terlalu 'alpa' akhirnya keinginan itu tergendala sehingga Rejab sudahpun jauh pergi....

Sehinggalah petang semalam, ketika menikmati minum petang sambil berkongsi cerita bersama suami, aku menyatakan keinginan nan satu itu. Tujuanku adalah untuk memohon keizinan dari suami selayaknya bagiku yang bergelar isteri. Tanpaku duga, suami jua mempunyai keinginan yang sama....Alhamdulillah!

Dek kerana terlalu teruja, malamnya aku excited sangat bertanyakan suami apa juadah yang dia ingin aku masakkan untuk makan sahur. Teringat masa kecil-kecil dulu, arwah mak selalu akan tanya kami anak-anaknya apa juadah yang ingin kami semua makan tidak kira untuk bersahur @ berbuka. Tujuannya adalah untuk menggalakkan kami semua bersemangat untuk bersahur. Hehe...lucu juga bila mengingatkan bila suami menjawab "....alin tanya b macam tu macam la b ni budak-budak yang susah nak bangun sahur, kena ada lauk yang sedap-sedap baru nak bangun..."

Syukurlah, selama 10 bulan kami berkahwin aku mula menyedari yang suamiku bukanlah seorang yang cerewet dalam pemakanannya, apa sahaja yang terhidang...dia sentiasa menghargai. Tidak pernah dia bersungut sekiranya aku cuma sempat menghidangkan hatta hanya sejenis lauk sahaja.

Disebabkan semalam ada lagi lebihan daging masak kicap yang aku masak pada petangnya, aku terus plan cuma nak masak nasi goreng daging sahaja untuk makan sahur. Teringat dalam peti ais ada lagi nugget yang belum dibuka, boleh juga dijadikan hidangan sampingan.

Sebelum tidur aku dah set jam awal-awal, plan nak bangun masak jam 4.30 pagi. Nasi sudah aku masak terlebih dulu sebelum tidur, cuma bangun goreng nasi, nugget dan buat air saja.

Jadi, pagi tadi bangunlah aku buat kesekian kalinya untuk masak makanan sahur sebagai seorang isteri. Dulu bangun sahur masak untuk keluarga tapi sekarang ni untuk suami pula, rasa teruja sangat! Pengalaman pertamalah katakan....tapi yang buat aku terharu adalah suami pun turut sama bangun untuk membantu apa yang patut. Rasa 'bahagia' sangat sebab memang aku tidak menjangkakannya. Kalau kat rumah aku, orang lelaki cuma bangun apabila makanan dah terhidang di atas meja saja....hehe.

Tapi bila mengingatkan yang suami perlu drive jauh untuk ke tempat kerja, bimbang pula takut mengantuk masa drive....aku 'halau' dia dari dapur untuk sambung tidur balik....tapi dia berkeras juga nak tolong. Malas nak gaduh-gaduh manja dengan dia, aku biarkan saja. Dia tolong masak air, goreng nugget, bancuh air, cuci pinggan, periuk, kuali. Aku pula.....?????Hehehe, cuma goreng nasi sahaja! Bila tengok jer macam tu, dalam hati rasa bersyukur sangat kerana Allah dah mengurniakan aku seorang suami yang penyayang dan mengambil berat sepertinya.

Suamiku memang seorang yang sentiasa ringan tulang untuk membantuku. Sebut jer apa kerja yang seorang isteri pernah buat yang dia xpernah buat....dari cuci baju, sidai di ampaian pastu angkat, cuci bilik air, cermin tingkap, cuci pinggan mangkuk, susun barangan kering dalam kabinet dapur, pergi pasar, sapu dan mop lantai, cuci kipas.....tetapi dua kerja yang dia memang surrender nak buat sebab xpandai adalah MASAK dan LIPAT BAJU, kalau yang dua kerja ni dia memang xpandai! Tapi xpe lah, aku dah cukup bersyukur dengan apa yang dia buat untukku.

Itulah pengalaman pertamaku bersahur sebagai seorang isteri. Mungkin anda semua kat luar sana ada pengalaman pertama sebegini yang lagi best, menarik tapi pengalaman yang aku rasai ini xkan pernah aku tukar ganti dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya ia begitu berharga!

Untuk berbuka nanti, suami dah inform nak berbuka kat luar....di mana???

Tunggu dan lihat!

Tuesday, 5 July 2011

SATA....Akhirnya Tertunai Sudah!

Hmm, nk tanye....anda semua pernah mkn SATA x? Sejenis makanan tradisional org Terengganu dan Kelantan (biasa di kawasan brdekatan pantai).

Dibuat daripada campuran isi ikan segar, kelapa parut, cili padi, bawang....xbpe pasti sgt, apa lg yang ada kt dlm tu sbb xpernh buat cuma tau mkn jer, hehehe....

Dibalut dgn daun pisang yang dibentuk menjadi bentuk kon kecil yang chomel2 gitu, dan dipanggang di atas bara api bt seketika sblm blh dimakan;






Rasanya yg kaya dgn isi ikan dan kelapa parut yg digaul brsama mmg trangkat abes, apalagi kunyahan itu brselang seli dgn gigitan cili padi dan bawang yang diracik halus, mmg fuh!!!!

Cer tgok pic kt bwh ni, chomel2 kn bentuknya, rs sayang jer nk mkn...cute sgt!









Dh lama tringin nk mkn ni, pg p.mlm smlm bru jumpe....4 biji RM 1....bli RM 3. En. hubby mmg peminat tegar, skejap jer abes. 1 biji cuma 1 suapan dia jer. Mggu depan nk bli lg, xsbr tggu....

Dh lama cari SATA yg blh menepati selera ni, ckup rasa semua ramuannya....Alhamdulillah, akhrnya tertunai sudah!

Friday, 1 July 2011

Hadiah Dari Hati


Dlm xsedar, tarikh sudahpun menginjak ke bln Julai, cuma tggl bberapa hri shj lg bln Syaaban akn menjengah.  Maknanya tggl lg sbln utk semua Muslim myambut bln yg penuh dgn keberkatan iaitu Ramadhan Al-Mubarak!

Sblm ni dh mncongak2 fikr apa agknya buah tgn yg blh d'berikan utk mak dan mak mertua sempena myambut bln Ramadhan nanti. Cuma sekadar tanda ingatan bt mereka, lgpun ada rezeki lbh sikit apalah salahnya berbelanja utk org yg kita sanjung kn...Alhamdulillah!

Berkebetulan pla smlm half day, fikr nk blik rmh awl2 pun bosan jgk sorg2 jer kt rmh. Hmm, akhrnya nani(miss bride's to b....) ajk temankn dia shopping brg2 kawin ckt. Klu dh namanya pompuan, bla dgr jer bab2 shopping ni mmg terus ON jer.

Dlm tgh jenjalan 'ukur' kedai2 tu trpandg kdai org jual telekung smbhyg, mmg trtarik sgt tgok...chomel2 sumenya, brmacam2 warna, bunga dan teknik sulaman. Pendek kata mmg blh rambang mata. Tapi disebabkan telekung tu utk mak dan mak mertua, dh set awal2 xnk yang kaler2, cuma nk cri yg sulaman putih shj, bla tgok xde la menonjol sgt. Lgpun dlu mak pernah kata lbh suka telekung yg sulamannya xde kaler2.

Alahai, wlupun sulaman putih ttp corak sulamnnya bebagai jenis smpai nk naik buntu nk pilih yg mana satu, nani pun 2x5 jer, makin kita blur makin dia heret jelajah ke setiap ceruk kdai. Mak oi....tolong! tolong!

At last, bila dh nampk yg btul2 brkenan d'hati, terus jer ambk, dh xnk fikr pnjg2 dh. Lg d'pilh, lg xthu nk pilh yg mane satu.

Inilah dia, sngaja pilh yg dh ada beg nanti senang mak nk bwk pg masjid. Nk bwk pg travel mane2 pun dh xpyh nk isi2 dln beg lain. Kedua2nya sama utk mak dan mak mertua;







Xsbar rasanya nk bg kt dua insan yg begitu 'istimewa' . Hrap2 mereka blh brgembira dgn pmberian yg tidak seberapa ini tp ianya adalah IKHLAS dr hati....;-)

Pagi jumaat yg damai....

Hari cuti yg tidak mberikankn apa2 makna buatku! Apa maknanya cuti bg diriku yg brgelar 'suri' bilamana 'en. hubby' TIADA dcc....???

KERJA!

Sekali lg ia menuntut pgorbanan dariku. Rajuk hati yg bru mula bertandg di hati kulempar jauh2 bila mgenangkn betapa en. hubby jua mmg tidk mgingnknnya ttp kerna tuntutan tggungjwb dia trpksa!

"....B cuba pulg awal, nti ada ms kita kuar...."

En. hubby yg dpt mgesan riak wajahku yg 'mendung' cuba memujuk pabila kusalami tgnnya lewt subuh td. Terbit jua rs kesal d'hati kerna mmbiarkn emosi menyelubungi diri. Sepatutnya, sbg seorg isteri kucuba memahami tggungjwb yg trpikul d'bahu suamiku.

Lantas, kuiringi kepergian en. hubby dgn wajah yg brseri2, ukirkan senyuman semanis mgkn agr wlu d'mana en. hubby brada, dia akn tetp mgingati, kepulangannya nanti yg blh mmberikan 1000 erti.....

Alhamdulillah!

Hari ini kuberjaya lg meletakkan rasional akal mengatasi emosi....Moga rumahtgga 'kami' sntiasa dRAHMATI, sentiasa ada sinar yg menyinari smpai ke pghujung hari....

Amin!






Wednesday, 29 June 2011

Semangat Ada, Tapi....Teman Untuk Terus Bersemangat; TIADA!




Semangat utk menonton Perlawanan Pra-Kelayakan Piala Dunia 2014, Malaysia vs Taiwan bagaikan terencat apabila menerima sms dr en. hubby;

"....B kna blik lewt hr ni mybe jm12, ada line kritikal, urgent!..."

Blik jer dr tmpt krja ptg td trus bancuh adunan utk dibuat cucur bawang dan ikan bilis, kudapan utk santapan apabila menonton tp bila dh jd camni terus jer semangt yg ada tu hilg. Akhirnya, adunan yg tlh siap dibancuh tu hnya terbiar dlm peti ais....xde mood dh nk goreng! Klu hnya utk dri sndiri, ckup sekadar milo panas dan keropok ikan goreng sebagai kudapan di depan tv.

Kobaran semangt utk menonton terus hilg, seumpama hilgnya suara en. hubby yg tiada utk bersorak apabila ada aksi yg bisa menerjahkan bola ke gawang gol. Disebabkan sudh brjanji dgn en. hubby utk mg' update info trkini prlawanan, kugagahkan jua mata menonton walau keboringan menonton sndirian berada di tahap yg melampau. Bimbg kantuk mata dtg bertandg, lappy kujadikan peneman....terjah blog, jengah fb!

Akhirnya, dlm ralit mata ini menekur di dada lappy smbl sekali sekala melilau ke kaca tv....perlawanan sudahpun berakhir. Keputusnnya, kemenangan sesi pertama berpihak kpd Malaysia dgn agregat 2-1. Mgkn pemain Malaysia trlalu 'over confident' MUNGKIN mmbuatkan mereka seakan tidak memberikan sesuatu yg blh dianggap benar2 'berbisa'. Bagiku, permainan mereka mlm ni cukp mghampakan, tidak seperti yg kuharapkan dr mereka kerna kupasti, mereka blh merekan 'LEBIH'! 

Harapanku agar, corak permainan mereka akan berubah, lebih 'garang' apabila bertandang ke Taiwan nanti. InsyaALLAH kemenangan akan menjadi milik Malaysia, sama2 kita doakan!

***menunggu kepulangan en. hubby....

Tuesday, 28 June 2011

Kembali Bersiaran...

Salam ;-)

Dh lame rasenya xmg'update' kt cni...pas blik dr bercuti kt kg ari tu mmg xde lgsg...sory la, bkn xde cite yg nk dikongsi, cite mmg bnyk dan sentiasa ada tp kekangan masa dan 'mood' yang tidak mengizinkan. Terkadang pabila keinginan untuk mencoret sesuatu di sini datang menbuak2, kekangan masa pula yang menjadi penghalang, namun pabila ada masa senggang yang boleh dimanfaatkan, jemari ini bagaikan 'kaku' sangat untuk digerakkan seiring dengan ketandusan idea yang tak kunjung tiba....ish! Maka, 'sepi' lah blog ini tanpa sebarang cite terkini ;-(




InsyaALLAH, andai ada kelapangan akan kukonsikan segala cite....salam bertemu kembali di arena bisu ini....**CheRiteR@** ini akan terus kukongsikan selagi jemari ini ingin terus menari!

Thursday, 2 June 2011

Blog Ini Terpaksa Kubiarkan Sepi...



InsyaALLAH, esok klu semuanya berjalan lancar aku akan pulang ke kg halamanku, Kelate!Perasaanku ketika ini???Bercampur-baur sebenarnya...gembira, teruja, berdebar-debar, sedih, berat hati. Semuanya bagaikan bersatu dalam benak jiwaku sekarang ini. Sesungguhnya dalam kegembiraanku utk pulang bertemu dengan family dan sanak-saudara yang sudah lama tidak bersua, aku juga terasa berat hati hendak meninggalkan en. hubby keseorangan kt sini.



**my "s0ulmate"**


Tapi, yang penting sekali, bagaimana aku nak menhadapi hari2 aku kt kg selama seminggu nanti tanpa dia di sisi aku. Memang takkan sama!Klu nk kuar pg mana2 nanti terpaksalah aku kena drive sndiri, dh xboleh jd 'co-pilot' mcm sllu. Biasa klu time jalan jauh aku cuma jd 'co- pilot' jer (gelaran en. hubby bg kt aku) sbb aku mmg malas nk drive kecuali ms pegi atau balik keje jer, tu pun sbb xde pilihn!

Hmm, mst nanti aku akan dihujani pelbagai soklan dari family dan sanak saudara nape balik sorg2. Argh, tension!tension! Mst lotih mak nk menjawab nanti...'en. hubby xblh ct sbb cuti d'bekukan, ada projek urgent kena urus'! Aku mmg trsangat pasti, jawapan tu akan aku ulang banyk kali bila sampai kt kg nanti.

Kalau nk kuar pg mane2 pun nanti xblh kuar sorg2, mst bwk teman iaitu tak lain dan xbukan anak sedara sulung aku yg mmg suka sgt jenjalan tu. Itulah syarat yang en. hubby bg kt aku, bkn ape takut nanti timbul 'fitnah' plak klu kuar sorg2, dh la balik kg tanpa en. hubby kn....xpe, syart yg tu mmg 'releven' dan blh diterima bg aku.

Aduhai....kalau tajuk lagu Shahir "Kebahagiaan Dalam Perpisahan"....dalam situasi aku ni pulak "Kegumbiraan Dalam Kegelisahan". Tapi memang xde sesalan di hati aku kerana meninggalkan en. hubby kesorangan kt sini sebab en. hubby mmg memberikan sepenuh keizinan kt aku utk pulang ke kg menziarahi family dan sanak-saudara.

Maaf kerna sepanjang seminggu berada di kg, aku mgambil kputusan utk mewujudkan zon 'no blog, no fb, no fon call (opis), no e-mail (opis)'. Cuti ni mmg aku nk manfaatkan dengan sepenuhnya. Lappy kesayanganku ini mmg sengaja aku tgglkan di sini kerna aku tkt bila kt kg nti aku akan berubah 'angin' pla. Fham2 jer la, penangan blog dan fb ni mmg KUAT!

k la, nk packing barg2 dlu yer, nti kita jumpe 1mggu kemudian. Doakan perjalananku esk diLindungiNya, moga selamat smpai kg dan kembali ke sini semula nanti. Kupasti akan merindui nukilan dari kalian semua, InsyaALLAH, blik dr kg nanti akan kukongsikan segala **cheRiteR@** dengan kalian. Maaf kerna blog **cheRiteR@** ini terpaksa kubiarkan sepi buat seketika....maassalamah wailalliqa'!

Wednesday, 1 June 2011

Nama Sebuah Kehidupan

Alhamdulillah!

Diam tak diam, pd hari ini genaplah tarikhnya iaitu 1 Jun 2011. Serasa masa beredar begitu pantas sekali, tp-tup pertengahan tahun 2011 sudahpun menjelma. Ah! begitu cepat masa berlalu, terkadang tanpa sedar banyak yang terpaksa kita tinggalkan demi mengejar sesuatu yang tidak ingin kita ketinggalan.
"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah kami dimatikan, hanya kepadaNya kami dikembalikan..."

Aku pasti itulah ucapan pertama yang terucap dibibir setiap kita apabila terjaga dari tidur
tiap pagi, ucapan tanda Syukur ke hadratNya kerna masih lagi mampu bernafas dan diberikan peluang untuk meneruskan hari yang entah bila penghujungnya. Wallahua'lam, itu hanya rahsia Dia Yang Maha Mengetahui. Moga2 bila tiba saat dan ketikanya kita semua sudahpun bersedia utk menempuhi alam yang 'baru' tetapi 'pasti' itu.


Hmm, walau apapun, pokok pangkalnya adalah SYUKUR, yer x? Semalam adalah sejarah, hari ini satu anugerah dan esok masih lagi menjadi satu misteri...so, nikmatilah kesempatan yang telah diberikan kepada kita hari ini kerna esok blm pasti kita berkesempatan untuk menikmatinya lagi. Inilah namanya sebuah kehidupan!





Bagiku, biarlah hari2 yang mendatang akan mendatangkan 1001 kebahagiaan utk diriku dan tiap insan yang berada di sekelilingku....Amin!


**syukur dan pasrah



 

Monday, 30 May 2011

Cuma Perancangan...

InsyaALLAH, mggu depan klu jadi blh blik kg, bercuti. Rakyat jelata Kelantan...here i come! Tp yang xbestnya kepulanganku ke kg halaman kali ini tidak ditemani en. hubby. Entah la, skrg ni en. hubby terlibat dlm satu projek besar company dia, jadi cuti mmg dah dibekukan awal2 lg, kena tggu sampai projek tu habis baru blh apply cuti ;-(

Memandangkn en. hubby xblh cuti, jd dengan 'bermurah' hatinya en. hubby mengizinkan aku balik kg, itu pun nasib baik la sbb akak aku sudi singgah sini, ajak blik kg sama2 ngan dia, klu tak mmg xmerasa la nk blik kg sorg2...time kash en. hubby ;-)

Aku dan akak2 aku mmg dh ada prancangan kitaorg bila blik kg ni. Hehe...biasalah, klu dah namanya 'perempuan', bab sesi 'terapi' (shopping) dan jenjalan ni mst ada dalam carta utama kan, kan, kan....???List yang ada dlm prancangn kitaorg mmg la panjg, bnyk tmpt yg nk pg tp semua tu brgantung pd masa dan yg PENTING sx....BAJET!

Ingat nti nk cari la sehelai dua kain pasang utk mak dan mak mertua bt baju raya, kena bli awal2 tkt sush plak diaorg nk tempah dgn tukang jahit nti, fhm2 aje...biasa 2bln sblm raya tempahan dh 'full'! Utk kami suami isteri plak...masih tgah 'buntu' lg, thun ni nk pilih kaler ape yer???

**any suggestion...???






Friday, 27 May 2011

Mungkin Kadangkala Kita Leka



 
Andai Al-Quran bisa bicara, ia pasti akan berkata;

"Waktu kau masih kanak-kanak
Kau bagaikan teman sejatiku
Dengan wudhuk kau sentuh aku
Dalam keadaan suci kau pegang aku
Kau baca dengan lirih dan keras
Sekarang
kau sudahpun dewasa
Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku
Apakah aku bacaan usang?
Yang tinggal sejarah?
Sekarang
kau simpan aku dengan rapi
Kau biarkan aku sendiri
Aku menjadi kusam dalam almari
Berlapis debu, dimakan kutu
Kumohon....
Peganglah aku lagi
Bacalah aku setiap hari
Kerana aku akan jadi penerang dalam kuburmu....!


Sebenarnya kata2 di atas aku ambl dr petikan sms yg d'hntr oleh en. hubby pdku pg td....bila bc jer terus rs 'insaf' datg dlm diri. Sebagai manusia kadangkala kita mungkin terlupa @ terleka bt seketika, tp selagi diberikan kesempatan, berubahlah!


Smlm sblm tido en. hubby ada ckp 'somethg' yg mmg mberikan 'kesan' sgt pd aku. Terima Kasih bt suamiku yg sntiasa mendidikku utk jd seorg isteri yg 'lebih baik dr semlm'.


"....b dh lame xtgok alin bc 'buku' tu, klu bc pun skrg jarg2 jer, kn dlu alin suka sgt bc 'buku'. Tiap x alin bc 'buku' tu, b pun suka tgok n dgr...."


"...buku yg mane plak ni b?Buku 'hidayah' ker?(majalah ni mmg best, bnyk pgajarn n ilmuan agama yg kita dpt timba wlu bnyk cite dr indon, keluaran stiap bln). Ala, skrg ni 'bnyk' sgt keje kt opis b, blik umah dh penat dh...eh, kn bru smlm alin bc buku 2, siap kngsi info dgn b lg...."


"...bukn 'buku' tu la syg..., 'buku' yg kt dlm bilk semayg tu, hadiah prkahwinan kita yg b bg kt alin...mgape skrg ni dh jarg alin mgaji pas solt?Skrg ni b tgok klu mgaji pun cm mlm dan pg jumaat je, hr2 lain xpyh mgaji k sayg? B tau alin pnat bla blik dr keje tp xkn sehelai muka surt pun xsempt?Jgn kejar dunia smpai tr'lupa' plak akhirat...ber 'fb' dan ber 'blog' sempt, xkn mgaji skjp xblh..."




                             'hadiah yg begitu ber'makna' bagiku'


PAP! Tetiba jer aku mcm trkejut, xterkata, kaku...senyap!

Pas tu aku mmg dh blh ckp ape2 dh. Aku cuba 'review' blik xtvt yg sllu aku bt bla blik dr keje...mandi, solat, masak, layn tv/fb/blog, mkn, layn tv/fb/blog lg, tido....mmg xde pun dlm snarai xtvt aku bab 'mgaji' quran ni. Mmg btul ckp en. hubby, klu ada pun aku cm mgaji pd mlm dan pg jumaat je. Ya ALLAH! Alpanya aku slama ni....


Rupa2nya slama ni, mmg aku perasan sblm tido en. hubby sllu tnya;


"...sblm tido cb 'review' blik 'ape yg kita xbuat ape yg kita patut buat?"


Bab mgaji Quran tu xpnh plak aku igt...aduhai!


**kadangkala lupa @ leka????