Thursday 7 July 2011

Momen-momen Pertama Kali


Alhamdulillah!

Sebelum tu, nak inform awal2 yang n3 ni dibuat bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk @ menguar-uarkan pada seluruh 'dunia', cuma coretan ini dibuat untuk kenanganku di kemudian hari kerna ini adalah momen-momen pertama kali dalam kehidupanku sebagai seorang isteri.






Mungkin bagi kalian yang sudah lama bergelar isteri, saat ini sudah biasa dialami dan dirasai. Tetapi bagiku, hari ini adalah kali pertama aku berkesempatan untuk merasai pengalaman pertama 'bersahur' bersama seseorang yang bergelar 'suami'.

Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku berazam sekiranya diberikan kesihatan yang baik, aku ingin berpuasa di dalam bulan Syaaban ini, walaupun bukan sepanjang bulan yang Mulia, tetapi cukuplah sekiranya dapat mengerjakannya pada hari-hari yang disunatkan berpuasa.

Aku tahu, puasa sunat ini seeloknya dikerjakan di dalam bulan Rejab lagi dan dikesinambungankan sehingga bulan Syaaban menuju bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh keberkatan.....tetapi mungkin kerana terlalu 'alpa' akhirnya keinginan itu tergendala sehingga Rejab sudahpun jauh pergi....

Sehinggalah petang semalam, ketika menikmati minum petang sambil berkongsi cerita bersama suami, aku menyatakan keinginan nan satu itu. Tujuanku adalah untuk memohon keizinan dari suami selayaknya bagiku yang bergelar isteri. Tanpaku duga, suami jua mempunyai keinginan yang sama....Alhamdulillah!

Dek kerana terlalu teruja, malamnya aku excited sangat bertanyakan suami apa juadah yang dia ingin aku masakkan untuk makan sahur. Teringat masa kecil-kecil dulu, arwah mak selalu akan tanya kami anak-anaknya apa juadah yang ingin kami semua makan tidak kira untuk bersahur @ berbuka. Tujuannya adalah untuk menggalakkan kami semua bersemangat untuk bersahur. Hehe...lucu juga bila mengingatkan bila suami menjawab "....alin tanya b macam tu macam la b ni budak-budak yang susah nak bangun sahur, kena ada lauk yang sedap-sedap baru nak bangun..."

Syukurlah, selama 10 bulan kami berkahwin aku mula menyedari yang suamiku bukanlah seorang yang cerewet dalam pemakanannya, apa sahaja yang terhidang...dia sentiasa menghargai. Tidak pernah dia bersungut sekiranya aku cuma sempat menghidangkan hatta hanya sejenis lauk sahaja.

Disebabkan semalam ada lagi lebihan daging masak kicap yang aku masak pada petangnya, aku terus plan cuma nak masak nasi goreng daging sahaja untuk makan sahur. Teringat dalam peti ais ada lagi nugget yang belum dibuka, boleh juga dijadikan hidangan sampingan.

Sebelum tidur aku dah set jam awal-awal, plan nak bangun masak jam 4.30 pagi. Nasi sudah aku masak terlebih dulu sebelum tidur, cuma bangun goreng nasi, nugget dan buat air saja.

Jadi, pagi tadi bangunlah aku buat kesekian kalinya untuk masak makanan sahur sebagai seorang isteri. Dulu bangun sahur masak untuk keluarga tapi sekarang ni untuk suami pula, rasa teruja sangat! Pengalaman pertamalah katakan....tapi yang buat aku terharu adalah suami pun turut sama bangun untuk membantu apa yang patut. Rasa 'bahagia' sangat sebab memang aku tidak menjangkakannya. Kalau kat rumah aku, orang lelaki cuma bangun apabila makanan dah terhidang di atas meja saja....hehe.

Tapi bila mengingatkan yang suami perlu drive jauh untuk ke tempat kerja, bimbang pula takut mengantuk masa drive....aku 'halau' dia dari dapur untuk sambung tidur balik....tapi dia berkeras juga nak tolong. Malas nak gaduh-gaduh manja dengan dia, aku biarkan saja. Dia tolong masak air, goreng nugget, bancuh air, cuci pinggan, periuk, kuali. Aku pula.....?????Hehehe, cuma goreng nasi sahaja! Bila tengok jer macam tu, dalam hati rasa bersyukur sangat kerana Allah dah mengurniakan aku seorang suami yang penyayang dan mengambil berat sepertinya.

Suamiku memang seorang yang sentiasa ringan tulang untuk membantuku. Sebut jer apa kerja yang seorang isteri pernah buat yang dia xpernah buat....dari cuci baju, sidai di ampaian pastu angkat, cuci bilik air, cermin tingkap, cuci pinggan mangkuk, susun barangan kering dalam kabinet dapur, pergi pasar, sapu dan mop lantai, cuci kipas.....tetapi dua kerja yang dia memang surrender nak buat sebab xpandai adalah MASAK dan LIPAT BAJU, kalau yang dua kerja ni dia memang xpandai! Tapi xpe lah, aku dah cukup bersyukur dengan apa yang dia buat untukku.

Itulah pengalaman pertamaku bersahur sebagai seorang isteri. Mungkin anda semua kat luar sana ada pengalaman pertama sebegini yang lagi best, menarik tapi pengalaman yang aku rasai ini xkan pernah aku tukar ganti dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya ia begitu berharga!

Untuk berbuka nanti, suami dah inform nak berbuka kat luar....di mana???

Tunggu dan lihat!

9 comments:

ajumohit said...

Seronoknya baca entry ni, alhamdulillah Mogadishu kebahagiaan ini berkekalan ke akhirnya

ajumohit said...

Eh nak tulis moga ianya, tp auto plak kuar Mogadishu tu

Nur_!eda said...

~kak aju~
terima ksh kak aju...Amin!

InsyaALLAH, moga kebahagiaan i2 mnjdi milik kita sume!

Nuwairani said...

argghhhhh! tidak!!! nk kawen jugak! (ecece...tetibe gatei pulak)... insyaallah kak ieda...semoga bahagia dunia akhirat...

beargemoks said...

macam tu la cekda time berdua ni tapi bila dah ber 3, kita bangun nak masak tuk sahur, ank pon bangun. jadi hubby kena la layan anak.kita je kat dapur. lau hubby pun kat dapur sama, alamatnya si kecik pun ke dapur gak..hehehhe

Nur_!eda said...

~nani~
mmg sgaja bt n3 ni nk bg nani yg brdarah manis tu jeles, nanti blh cpt2 kawin...ngeh!ngeh!ngeh!

Nur_!eda said...

~pooh {cek ita}~
hmm, mgkn tu la lumrah idup kita kn taa. Dr idup sorg, jd br2, br3....br....

Alhamdulillah, klu dapt suami yg prihatin, bkn yg brsikp 'lepas tgn' jer.

Msg2 bg tugs, xde la penat sgt kn. Hehe...ble nk tmbh jd br4 cek ita oit???

qemaishak said...

yah..Alhamdulillah tu nikmatnya bila dah kawen ni, pasni momen indah bila bertiga pulak insyaAllah.

Nur_!eda said...

~qema~
Alhamdulillah...dlm hidup ni bnyk yg kita kena tempuh. Fasa solo dh brlalu, skrg ni fasa hidup br2, fasa hidup br3....?masih lg trnanti2