Monday 30 May 2011

Cuma Perancangan...

InsyaALLAH, mggu depan klu jadi blh blik kg, bercuti. Rakyat jelata Kelantan...here i come! Tp yang xbestnya kepulanganku ke kg halaman kali ini tidak ditemani en. hubby. Entah la, skrg ni en. hubby terlibat dlm satu projek besar company dia, jadi cuti mmg dah dibekukan awal2 lg, kena tggu sampai projek tu habis baru blh apply cuti ;-(

Memandangkn en. hubby xblh cuti, jd dengan 'bermurah' hatinya en. hubby mengizinkan aku balik kg, itu pun nasib baik la sbb akak aku sudi singgah sini, ajak blik kg sama2 ngan dia, klu tak mmg xmerasa la nk blik kg sorg2...time kash en. hubby ;-)

Aku dan akak2 aku mmg dh ada prancangan kitaorg bila blik kg ni. Hehe...biasalah, klu dah namanya 'perempuan', bab sesi 'terapi' (shopping) dan jenjalan ni mst ada dalam carta utama kan, kan, kan....???List yang ada dlm prancangn kitaorg mmg la panjg, bnyk tmpt yg nk pg tp semua tu brgantung pd masa dan yg PENTING sx....BAJET!

Ingat nti nk cari la sehelai dua kain pasang utk mak dan mak mertua bt baju raya, kena bli awal2 tkt sush plak diaorg nk tempah dgn tukang jahit nti, fhm2 aje...biasa 2bln sblm raya tempahan dh 'full'! Utk kami suami isteri plak...masih tgah 'buntu' lg, thun ni nk pilih kaler ape yer???

**any suggestion...???






Friday 27 May 2011

Mungkin Kadangkala Kita Leka



 
Andai Al-Quran bisa bicara, ia pasti akan berkata;

"Waktu kau masih kanak-kanak
Kau bagaikan teman sejatiku
Dengan wudhuk kau sentuh aku
Dalam keadaan suci kau pegang aku
Kau baca dengan lirih dan keras
Sekarang
kau sudahpun dewasa
Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku
Apakah aku bacaan usang?
Yang tinggal sejarah?
Sekarang
kau simpan aku dengan rapi
Kau biarkan aku sendiri
Aku menjadi kusam dalam almari
Berlapis debu, dimakan kutu
Kumohon....
Peganglah aku lagi
Bacalah aku setiap hari
Kerana aku akan jadi penerang dalam kuburmu....!


Sebenarnya kata2 di atas aku ambl dr petikan sms yg d'hntr oleh en. hubby pdku pg td....bila bc jer terus rs 'insaf' datg dlm diri. Sebagai manusia kadangkala kita mungkin terlupa @ terleka bt seketika, tp selagi diberikan kesempatan, berubahlah!


Smlm sblm tido en. hubby ada ckp 'somethg' yg mmg mberikan 'kesan' sgt pd aku. Terima Kasih bt suamiku yg sntiasa mendidikku utk jd seorg isteri yg 'lebih baik dr semlm'.


"....b dh lame xtgok alin bc 'buku' tu, klu bc pun skrg jarg2 jer, kn dlu alin suka sgt bc 'buku'. Tiap x alin bc 'buku' tu, b pun suka tgok n dgr...."


"...buku yg mane plak ni b?Buku 'hidayah' ker?(majalah ni mmg best, bnyk pgajarn n ilmuan agama yg kita dpt timba wlu bnyk cite dr indon, keluaran stiap bln). Ala, skrg ni 'bnyk' sgt keje kt opis b, blik umah dh penat dh...eh, kn bru smlm alin bc buku 2, siap kngsi info dgn b lg...."


"...bukn 'buku' tu la syg..., 'buku' yg kt dlm bilk semayg tu, hadiah prkahwinan kita yg b bg kt alin...mgape skrg ni dh jarg alin mgaji pas solt?Skrg ni b tgok klu mgaji pun cm mlm dan pg jumaat je, hr2 lain xpyh mgaji k sayg? B tau alin pnat bla blik dr keje tp xkn sehelai muka surt pun xsempt?Jgn kejar dunia smpai tr'lupa' plak akhirat...ber 'fb' dan ber 'blog' sempt, xkn mgaji skjp xblh..."




                             'hadiah yg begitu ber'makna' bagiku'


PAP! Tetiba jer aku mcm trkejut, xterkata, kaku...senyap!

Pas tu aku mmg dh blh ckp ape2 dh. Aku cuba 'review' blik xtvt yg sllu aku bt bla blik dr keje...mandi, solat, masak, layn tv/fb/blog, mkn, layn tv/fb/blog lg, tido....mmg xde pun dlm snarai xtvt aku bab 'mgaji' quran ni. Mmg btul ckp en. hubby, klu ada pun aku cm mgaji pd mlm dan pg jumaat je. Ya ALLAH! Alpanya aku slama ni....


Rupa2nya slama ni, mmg aku perasan sblm tido en. hubby sllu tnya;


"...sblm tido cb 'review' blik 'ape yg kita xbuat ape yg kita patut buat?"


Bab mgaji Quran tu xpnh plak aku igt...aduhai!


**kadangkala lupa @ leka????














Wednesday 25 May 2011

Terus Bermohon dan Bertawakkal

Smlm sempt pg umh ex-housemate en. hubby, kwn yg plg rapt dgn en. hubby sejk dlu, kini dan InsyaALLAH selamanya. Pg rmh diaorg sbb nk tgok bby baru, wife dia slmt brsalin dlm pertengahan bln april lg tp sblm ni brpantg kt kg, dlm 2,3 ari lepas bru dtg cni...excited sgt nk tgok 'org baru' dlm family diaorg, al-maklum la, 1st bby.

Smlm otw nk pg rmh diaorg ttiba jer hujn lebt+guruh, rs tkut sgt tp sbb dh janji kitaorg redah la jgk wlu trpksa drive cm dlm 40-60 km/jam jer. Tahap pglihatan trsgt la kabur....xbleh drive laju2.

At last, blh la jgk tgok bby baru, namanya 'Akil Irfan', ms lahir beratnya 3.48kg. Cute sgt bby tu, ppi dia xyah ckp la, mmg tembam sgt, geram jer nk cubit2! Mf la sbb hp trtggl lak dlm kete so, xleh la nk snap pic 'hero' baru tu.

Diorg bg aku dukung 'Akil Irfan'....mula2 pgang tu rs 'speechless' sgt!xthu mcm'ne nk gmbrkn prasaan aku. Gembira sbb blh dukung bby tu, takut sbb dh lama rsnya aku xdukung bby, so rs ralat la ckt, sedih sbb cm dpt dukung bby org jer tp aku msh lg blm mampu utk lahirkan bby aku sndiri bt en. hubby :'(

Ms tu aku tgok en. hubby pun teruja sgt, tp bila bg dia dukung xnk la plak, bukn ape, dia tkt sbb yer la kn bby baru, tgkuk dan badn dia mmg msh xbpe nk 'keras' lg...Tp aku tau, dia pun geram sgt bla tgok bby tu, cuma cuit2 manja jer la.

Diorg ni kira beruntung sbb 3bln pas kahwin terus ada 'isi', kira mcm 'bunting pelamin' la. Mmg la rs jeles sgt sbb diaorg kahwin pun awl 3bln jer drpd kami, skrg ni diaorg dh ada bby dh tp kami.....????Tp aku Redha, mgkin ini satu 'ujian' drpd Allah utk mguji sjauhmana ksabaran kami dlm mghadapinya, itulah juga kata en. hubby yg mmg sllu brfikirn +ve .

Alhamdulillah, skrg aku lbh kuat, tabah dan sabar krn Datuk Dr. Fadzillah Kamsah pernah menasihatkan dalam rancangan kendaliannya iaitu 'Selami Jiwa' menerusi slot 'Dilema Pengantin Baru';

"Usah bersedih, 'give-up' atau kecewa sekiranya ditanya tentang soalan mengenai 'anak' yg tidak kunjung tiba terutamanya jika soaln itu dr mentua/ipar duai/ksaudara-mara/sahabat. Sebaliknya mohon pd mereka supaya doakn kita supaya cepat memperolehi cahaya mata....kerana 'senjata' utama org mukmin adalah dgn doa, moga2 Allah akan makbulkan...InsyaALLAH!"

So, da moral of da story....skrg ni aku dh xmau cedey2 fikrkan pasl bby, yg plg utama aku akn terus brusaha, berdoa dan bertawakkal pdNya, kerana tanda Allah saygkan hambaNya adalah dgn memberikan ujian dan dugaan yg sememgnya mampu ditempuhi!

**sesungguhnya DIA Yang Maha Mengetahui...

Monday 23 May 2011

Milik Siapa....

Smlm sush sgt nk tidur
Baring sblh sini xkena, pusing sblh sana xselesa
Tiba2 dlm hening sunyi mlm
sekitr jam 12++
Terdengr alunan gemersik suara
Sayup2 kdengaran bacaan Al-Quran Nul Qarim
Bacaannya terus menusuk ke dlm kalbu
Tenang, damai, tenteram
Terus keinsafan datg dlm diri
Dari celahan tingkp kaca
Cuba mencari dr mane datgnya suara
Siapakah orgnya????
Tp hampa krn pncarian hanya sia2
Entah dari mane datgnya ia
Mmg xpernah kedengaran sblm ini
@ aku yg sememngnya tidak perasan
Mustahil!
Xpe, mlm ini akn aku tggu lg
Tp mungkinkh itu hnya sebuah ilusi @ mainan sebuah mimpi???
TIDAK!
Mmg yg kudgr semasa dlm sedar....
Itu aku cukup PASTI!

**milik siapakh suara lelaki mis3 itu???

Ainaa dan Aqeem

Baru jer pas cakap dengan anak akk aku a.k.a ank buah aku yg dok kt penang tu, ainaa dan aqeem. Lme xsembg dgn diaorg mmg bnyk la citenya, mcm2 diaorg bagitau kt aku. Ainaa cite pasal sekolahnya;






'suda, kakak (ainaa) nk blaja bahasa cina tp xblh, plajar india kna blaja b.cina, plajar cina blaja b.tamil dan plajar melayu blaja b.arab....tp kakak minat dgn b. cina sbb kakak dh pndai b. arab, kn ms kakak kt PASTI dulu dh blaja b. arab, dh pndai pun....mcm'ne dh nk kira dlm b. cina, kn suda pnh ajr kakak dlu?ee, erk, san, sek, ue, liek, chi, park, chew, serk...btul x suda?'







Mcm tu la celoteh ainaa yg petah bercerita walaupun baru jer brumur 7tahun. Dia mmg xpnh 'kekeringan' idea klu diajak bersembg, mcm2 ada. Aku mmg kagum dgn dia mmg seorg anak yg cept 'tangkap', berani mencuba, bijak mentafsir....dan itu semua terbukti kerana selama tiga tahun dia blaja di PASTI, iaitu sejak brumur 4tahun lg, setiap tahun pasti ada anugerah yg akan diterimanya, Alhamdulillah!


Aqeem pula baru jer brumur 4tahun, msh lg duk dgn bs yg d'pggl 'mak tok'. Mmg plan dlu bila dh brumur 4tahun akk aku nk hntr masuk PASTI juga tmpt sama yg ainaa blaja dlu tp kna postpone dlu sbb aqeem ni lain ckt dr kakaknya, ter'lebih' manja ckt, maklum la ank bongsu...Tp dia pun ada ciri2 mcm kakak dia jugak, mmg bnyk celotehnya;


'suda, adik ada ball baru, ada dua lg, ada hp baru, ada cd ultraman baru, kt umh adik ada kerusi urut baru, mcm nk patah tulg adik bila kerusi tu urut, besttttt...suda, esk adik dh xcuti dh, kna pg rmh 'mak tok', alaaaa, xbest la, cuti lme2 kn best. Abah xblik mlm ni, sbb abah kna pg work kt n9...bla, bla, bla...'








Mcm tu la aqeem, ank buah aku yg trsgt la lucu dgn pelbagai keletahnya, akk aku pun kdg2 klu nk mrh pun blh jd 'cair' dgn aqeem ni lbh2 lg bila dia bt muka 'seposen' mcm org yg xbersalah...so, wut 2 do?mood nk marh brtukar jd tergelak plak.


Dlm rmai2 ank buah (semuanya 15org), blh dikatakn aku plg rapt dgn ainaa dan aqeem selain ank k'long aku; along farah, angah amer dan huda. Dgn ainaa dan aqeem diaorg blh rapt sgt dgn aku sbb aku yg jaga diaorg sejk lahr dan wktu akk aku berpantg, mgkin sbb tu la kot kami jd rapt sgt.


Ms ainaa lahir, akk aku brsalin kt kg. Ms tu aku tgh tggu result SPM, so blh dikatakan aku yg tolg jga akk aku. Ms tu abg ipar aku kt Png, blk pun cm weeknd je la. Tido mlm pun, klu ainaa nangis nk susu ker, lampin basah ker, berjga mlm ker, nangis sbb perut kembung ker...aku pun turut sama bngun temankn akk aku brjga.


Ms aqeem lahir plak, akk aku brsalin kt Png. Kbetulan plak ms tu aku bru jer abes praktikal, tggu ms nk konvo kt uum. So, smntra tgh cri2 kje aku dok kt rmh akk aku, smbl jga dia dlm pntg. Tolg akk aku cuci bju, uruskn ainaa yg ms tu bru brumr 3thun, mask, kems rmh dll. Kbtulan plak, pas akk aku abes jer pntg, aku trus dapt kje kt Png, so aku stay jer ngan akk aku, sbb tmpt kje abg ipar aku dgn tmpt kje aku dekt jer, pg kje pun dgn abg ipar aku.


Nak dijadikan cite plak, prmohonn abg ipar aku utk blik ke kelantn diluluskn tp permohonan akk aku, xlulus. So, ddk la kmi br4 kt Png, abg ipar aku cm dpt blik weeknd je la. Ms tu mmg la kesian sgt kt akk aku, ainaa dan aqeem sbb trpksa brjauhan dgn abg ipar aku. Mjur la, aku ada, dpt ckt kurgkn bebn akk aku. Baygkn aqeem demam panas ms tu, kul 4am akk aku kjutkn mintk temnkn dia ke Hosptl. Akk aku uruskn aqeem, aku plak tggu dlm kete temnkn ainaa, abg ipar aku bru otw bertolak dr kelntn.


Mmg bnyk kisah suka duka kami waktu tu. Sampai la waktu aku dkt nk kahwin, aku trpksa tukar kje sbb kna ikt en. hubby kt Tganu ni, ms tu la bru aku trpksa bpisah jauh dgn diorg semua. Mula2 mmg sedih sgt, nk tido mlm jer tringt kt ainaa sbb ms kt Png mmg dia tido dgn aku. Dia pun sama la, sllu jer call ckp rindu kt aku. Sampaikan shari sblm aku kahwin ainaa pnh tnye;


'bila suda dh kahwin nanti, suda dh xjd makcik kakak ker?xbest la suda kahwin sbb suda dh kena ikut paksu, klu suda xkahwin kn best, suda blh dudk rmh kakak sampai bila2...'


Mcm tu la dialog ainaa yg tlh membuatkn aku rs terharu sgt dan menitiskan airmata bila mndengarnya. Walaupn kami sllu jer 'gaduh2 manja' tp aku thu betapa saygnya dia pd aku, dan yg pentgnya aku juga sama.


Td pun ainaa dh berjaya buat jiwa aku 'terusik', rs 'sayu', rindu yg tramat sgt kt diaorg semua;


'bila suda nk datang rmh kakak, kakak rindu tau kt suda. Mlm2 klu kakak rindu kt suda, kakak sllu peluk pencil box yg suda bg kt kakak, peluk gambr suda ms kakak nk tido...'


'adik (aqeem) pun rindu kt suda jgk, bkn kakak sorg jer...suda pun suda adik jugak, bukan suda kakak sorg jer...'


Aduhai, ms entry ni aku tulis pun, airmata aku msh xblh nk berenti2 mgalir lg. Ssungguhnya ucapan yg meniti dr bibir mereka itu dapt aku rasakn sgt IKHLAS, lahir dr hati nurani kanak-kanak yg mmg tidak pandai berpura2 :'(


Kakak dan adik, suda pun rindu jugek.....!!!!


**xsbr tggu ct skolh, plan blik kg jumpe kt kg dgn ainaa dan aqeem, dpt la trubt RINDU DENDAM ni...Ya Rabb, kabulkan lah Ya ALLAH!

Sunday 22 May 2011

Gemuk @ Bertambah Berat Badan



 
Oh TIDAK!!!!Adakah aku sudah gemuk sekiranya;
*Berat badan naik mendadak dr 37kg-43kg
*jeans yang dulunya longgar kini sudah KETAT
*Bila berjalan terasa paha kiri n kanan saling berGESEL
*Orang yang dh lame xjumpe ngan aku, bila jumpe jer ckp aku nampk cam berISI ckt
*Kekawan ada tegur pipiku nampk sedikit TEMBAM
*Blous n baju yg dulu ngam2 rs cam SEKSI jer bila dipakai, sungguh tidak selesa
:’(  sesungguhnya aku masih lagi xblh nk biasakan diri dgn perubahan ni, tp rata2 orang yang aku rapat ngan aku cakap, aku lg nampk ok bila dh berisi ckt mcm ni, xde la nampk ‘rangka’ jer (ank buah aku ckp). Gulp!???btul ker???
So, aku postpone la dlu hajt hati kekononnya nk ber’diet’ (perkara yg xpnh aku bt dlm hidup). Bila tnye pndpt en. hubby, dia cm ckp 'b syg alin sbb dri alin, xkish la...gemuk k, kurus k, asl alin epy n bhagia...'
Bila dengar cam tu, rs 'touching' la plak, tp ssungguhnya aku bersyukr, xkish la walau macam mane pun, aslkan aku sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Allah, itu sudah cukup, berSYUKUR seadanya, itu yang paling penting!
**berwaspada juga...kurgkan makanan manis, masin, brminyak n berlemak dan yg plg pentg kena minum bnyk air suam...hehe, boleh ker???InsyaALLAH...



Mungkinkah???

Baru jer dapat berita, kemungkinan besar 'kami' terpaksa berpisah buat sementara waktu :'(

Sejak 8 bulan bergelar suami isteri, kami xpernah berenggang@berpisah dalam tempoh masa yang lama, paling lama pun seingt aku cuma semalaman je sebab en. hubby kena standby utk projek urgent...kena stayback sampai pg. Itupun sudah cukup menyeksakan bagi aku sebab tido aku xkan lena tanpa en. hubby dcc...aku rasa, mungkin semua yang bergelar isteri akan mengalami perasaan yang sama, rasa lain bila suami yang sentiasa ada menemani kita saban malam tiba-tiba TIADA!...betul x????

Bagi aku, waktu malam sebelum tido adalah waktu yang paling berkualiti dan bermakna bagi aku dan suami (jangan silap faham yer...). Yer la, seharian kami berdua di tempat kerja masing-masing, jarang ada peluang untuk keluar makan bersama @ bertemu kerana tempat kerja aku dan suami jauh, cuma kadang-kadang jer 'curi' masa untuk keluar lunch date bersama.

So, waktu malam la kami dapat berborak panjang, saling berkongsi cerita bersama...

TAPI....

Tadi en. hubby inform, kemungkinan besar dia terpaksa 0ut-stati0n ke Melaka paling sekejap pun 3minggu, sebab kena uruskan projek baru kat sana, itu pun bergantung pada keadaan, kalau ada masalah yang tidak dijangka, mungkin lebih lama dia kat sana.

PAP!

Aku xtau macam mana nak gambarkan perasaan aku apabila terima berita tu...terKEJUT, SEDIH, TAKUT...semua ada!???

TERENGGANU-MELAKA

Jauh jaraknya, tapi yang paling penting mengapa mesti suamiku yang terpilih???
Tapi, aku Redha, mungkin ada HIKMAH yang tersembunyi, itu adalah rahsia DIA.
Sesungguhnya, manusia hanya mampu merancang tetapi sebaik-baik perancangan hanya olehNya!

Tapi disebalik semua ni, aku bersyukur

ALHAMDULILLAH!

Allah Limpahkan rezeki buat kami :')
Sesungguhnya DIA meMAKBULkan doa yang aku titipkan pdNya tiap masa
Moga kami dilimpahkan rezeki yang HALAL

**menunggu dalam debar bila en. hubby kena pg melaka @ kami terpaksa berpisah buat sementara waktu....????


Sunday 15 May 2011

**Permata Hati :'(

Baru sahaja sebulan berkahwin, kami sudah d’hujani dgn soalan-soalan nakal “...dah ada isi blm?...bila nk timang bby?bila lg nk jd papa n mama....bla, bla, bla...”ms tu bg aku sume soklan2 tu hnya soklan usik2 manja jer....S.E.N.Y.U.M!Itulah jawapan skema yg aku n en. asben bg sbg jawapan. Lgpun senyuman tu kan satu sedekah, xrugi pon...
Menginjak ke bln seterusnya, soklan2 tu tetp akan menjadi soklan utama@soklan WAJIB yg d’tanya dr fmly (trutamanya belah en. asben), sedara-mara, kekawan...kami S.E.N.Y.U.M lg, “...stakt ni blom ada ape2 lg, xde rzeki lg...”ringkas dan padat!Tapi sememangnya itu adalah jawapannya.
Sekarang ni hampir 8bln kami mendirikan mahligai....aku seakan sudah mula F.O.B.I.A dengan soklan2 berkenaan. Bagi aku, semua orang berhak untuk bertanya ttp kadangkala pertanyaan itu biarlah yang sedap d’ dgr halwa telinga n tidak mgguris perasaan orang yg d’tanya....”aik, dh lme kwin xkn xde ape2 lg kot???” @ “korang ni xnk anak ker, sampai skrg ni xde ape2 pon lg...”. Mengapa kita mesti mempersoalkan sesuatu yang bukan boleh d’tentukan oleh kita sendiri????Seumpama kita lupa dgn qada’ n qadar itu telah d’tentukan oleh Ya Rabb...sesungguhnya, manusia hanya mampu merancang, ttp sumenya trletak atas ketentuanNya. Bagiku saat ini, tiada berita yang lebih bermakna, yang tiap masa kutunggu2 melainkan dengan kehadiran 'cahayamata' pengikat kasih sayang antara kami suami isteri.
Tetapi aku teramat bersyukur kerna di kala aku dalam keadaan tertekan@berduka apabila memikirkan ‘permata hati’ yang tidak kunjung tiba, en. hubby sentiasa S.E.T.I.A dcc’ku; bila2 masa....bahunya sentiasa ada, telinganya selalu bersedia, jemari kasarnya tetap terasa lembut menyapu tiap titisan airmata yang jatuh, dan yang paling penting sekali ‘dia’ tidak pernah jemu membantu aku untuk bangkit semula walaupun banyak kali jua aku jatuh ‘tersungkur’ lantaran dugaan yang maha hebat ini, hari demi hari.  Ku BerSYUKUR pdMu Ya Allah kerna mengurniakan ‘dia’....seorang insan yang terlalu aku Cintai, Hormati dan kuSanjung tinggi...”B, thanks 4 alwayz being there, really appreciate dats!”...
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....sesungguhnya hanya kepada Engkau tempat hambaMu ini mengadu, memohon dan meminta pertolongan. Kurniakanlah kami ‘permata hati’ yang soleh dan solehah, jadikanlah mereka hamba2 yang beriman dan taat pd perintahMu Ya Allah. Kukuhkanlah ikatan kami, suburkanlah setiap masa rasa kasih sayang dalam rumahtangga kami, tabahkanlah hati kami dakam menempuhi segala onak duri dalam tiap langkah perjalanan hidup kami...Amin Ya Robbal A’ lamin!
Buat teman-teman di luar sana, doakan kami...moga dengan berkat doa kalian dan dengan keIzinan dariNya, ada 'rezeki' buat kami untuk bergelar 'ummi' n 'abbi;-)
***moga akan sampai waktu dan ketikanya untukku bergelar seorang ‘ummi’...InsyaALLAH!

Saturday 7 May 2011

Mem0ri sEc@NgkiR teH sUsu...:'(



Pernah ada kenangan manis antara aku, ayah n teh susu....dulu!


Zaman kanak-kanakku mungkin tidak sama dengan orang lain. Dia saat aku masih memerlukan kasih sayang, perhatian, belaian n tunjuk ajar se0rang ibu...dia telah ‘pergi’ ke sisi Ilahi Yang Maha Esa. Waktu itu, aku baru sahaja berumur 8 lapan tahun, belum lagi puas rasanya kuteguk kasih sayang dari insan yang bergelar ‘ibu’...aku terpaksa terima, andai itu sudah ketentuanNya. Mungkin bertitik tolak dari situ, ayah memanjakan aku lebih dari orang lain kerana dia tahu hanya dia yang aku ada sebagai tempat bermanja dan perlu dimanjakan.

Biasanya, setiap petang seusia solat Asar, ayah akan ke kedai k0pi untuk minum teh sambil berkumpul bersama rakan-rakannya. Pada waktu itu, sekiranya ayah mencariku dan mengajak aku mengikutinya, sudah ku tahu destinasinya ke mana.

“teh susu satu!”

Itulah minuman wajib yang akan ayah pesan. Teh susu panaskan akan ayah sejukkan dengan menuang ke dalam piring, itu untuk aku...sepiring teh susu sudah cukup buat aku tersenyum lebar. Tapi yang paling penting kami gembira kerana dapat berkongsi secawan teh susu bersama-sama....seperti kami yang saling berkongsi kasih sayang berdua, walau tanpa kata-kata...kudapat rasakan betapa kasihnya dia pada diriku...itu yang kupasti!

Sehingga kini, kumasih lagi merindui secawan teh susu yang dihirup bergilir-gilir di dalam piring bersama ayah. Andainya kenangan itu dapat kuputarkan semula, walau hanya sesaat cuma....itu sudah cukup memadai kerna itu lambang ‘CINTA’ kami berdua....;-)



OpSs...TeRj@tuH cHeNt@ Lagi!


Baru jer abes tgok cite 'DDJL' @tv3 (2pm-5pm)...mmg tngkap leleh abes!Aku pon xthu ntah bpe kali aku dh terrrrrjatuh chenta kt her0 idaman aku ni, sape lg klu bkn 'Shah Rukh Khan' . Aku pon xthu ape yg istimewa sgt kt mamat ni s0rg, nk kata hensem sgt, xjugek....rmai lg hero2 len yg lebih hens0m dr dia, nk kata mach0 trlebih pon xde la sgt. Tp yg pasti tiap filem lak0nan dia mmg aku xpnh missssss...lbh2 lg tiap cite gandingan dia dgn 'Kaj0l Mukherjee' mmg sntiasa mant0p!Mmg ssuai sgt diaorg d'gandingkan bersama, mcm ada satu tarikan aura yg kuat antara diaorg br2 ni.

Salah 1 sbb aku suka filem ni sbb lagu2 kt dlm filem ni mmg best2 sume, tmbah lg sume lgu2 dia ada lirik, s0 lg la blh bikin perasaan kita tu mcm trbuai2 jer...r0mantik abes. Aku mmg 'salute' la kt pmbikin2 filem hindi ni sbb walau dlm ape cite pon diaorg mmg xkn pnh tggl nk selitkan lgu n budaya tradisi diaorg. Tp yg plg pntg, diaorg pndai nk 'main' ngan perasaan penonton sampai blh mgalirkn airmata...aku pon xigt ntah bpe kali aku 'ter mgalir' airmata sbb 'DDJL' ni...

Tp yg xbpe nk best sgt coz filem ni bnyk sgt 'pot0ng'...yer la, filem ni seingt aku mmg pnjg skt dr cite lain n diaorg cm pruntukkn 3jam jer + @ - ngan iklan mmg trpaksa kena 'pot0ng' la....ape2 pon mmg aku rs puas sgt tgok filem ni....tq tv3!Hrap2 mggu dpn 'Kuch-Kuch Hota Hai' plak, blh x?????


Friday 6 May 2011

jiR@n BaRu...???

Dapat jiran baru lg???Baru je nk bermesra2 ngan jiran baru, dia kena pindah plak, nk wt cmner....kiranya, dalam ms 8bln ni dh 3fmly yg dok myewa kt umah sebelah ni. Hmm, hrap2 yg ni lama la kot myewa kt cni. Dlu k'naa, pas2 k'ieja n skrg ni k'daa...welc0me my new neighb0ur!

Xbpe nk knal sgt lg ngan jiran baru ni...kira cam kategori 'xmesra jiran'. Mungkin xbiasa lg kot tp ntah la...????Tggu n lihat je...mgkn ms yg akn menentukan.

Tp yg xbestnya xkira ms, akn kedengaran riuh-rendah, jerit-pekik, jerkahan...!Ketenangan yg dlu kami nikmati apabila berada d'rumah sdikit trganggu...sedikit kecewa krn jiran yg baru ni bagaikan tidak thu @ tidak ambil peduli tntg 'konsep' hdup berjiran....

:'(






Ay@H oH ay@H....

"....ayah sihat, cuma kaki ayah bengkak....tp xde ape2 la, msh lg blh bwk kete..."


Adrenalinku ttiba je jd xmenentu, xpnh2 ayah sakit kaki smpai bengkak2, nape plak?Ntah la, ayah ckp ms dia muda dlu kaki dia pnh ditimpa kayu balak, tp ms 2 xde ape2 cuma kat betis ayah mmg akan nampk urat2 bsar yg timbul berselirat mcm ada darah beku...mgkn sbb 2 la kot????


Smlm en. hubby sempt cll ayah jp tnye khbr...


"....ayah xberniaga ari ni, kaki msh bengkak lg, nti jgn lupa cll ayah, klu Alin nk blik kg pun B izinkn...."


Pap!teruk sgt ke sakit ayah....???hati jd semakin xmenentu. Hish!Ya Allah, sembuhkanlah ayah, sihatkan dia Ya Allah....


"....ayah sihat, ni tgh makan nasi, kaki msh bengkak xsurut2 lg, tgok la klu xok lg igt hr sabtu ni nk pg klinik...tp xde ape2 la...ni tggl kami br2 je, sume xde kt umah, ijea n hanim kt asrama, saiful ada kem, hr sabtu ni bru blik...???"


Lega hati bila dpt dgr suara ayah yg semangat bercerita...hmm, mungkin skrg ni ayah n mak terasa kesunyian kot. Yer la, pas sorg2 adik2ku masuk hostel. Rumah yg dlu riuh rendah ngan budak2 tu asyk bergaduh dh jd sunyi sepi....ops, nti ada ms akanku cheriterakan kisah fmlyku yg blh dikira agak besar gaks. Tp sekarang ni harapanku agr ayah akn cpt2 sembuh, itu pintaku...Makbulkan Ya Allah!