'....yang, pucuk ni berape harge?'
'RM 0.50 sen je...''Huh, kat sana jual RM 1! Mahal betul...dia ingat semua orang kaya-kaya main letak harga sesuka hati jer, geram sangat tadi saya tanye dia nak pergi mekah balik hari ker? cekik darah betul! kata pasar tani sayur murah-murah tapi ada jugak yang suke ambil kesempatan!....bla...bla...bla...
Makcik gerai yang sedang melayan saya hanya tersenyum jer sambil pandang saya. Semua orang kat gerai tu juga memberikan reaksi yang sama. Mungkin semua orang terkejut dengan reaksi makcik vogue tu yang tetiba jer datang menerjah.
Selepas itu, dalam kereta on da way nak balik ke rumah tagline 'nak pergi mekah balik hari' menjadi topik perbualan antara saya dan suami. Bagi saya, ada juga betulnya kata-kata makcik vogue tu. Kalau saya bandingkan harga barang area kemaman ni dengan tempat lain contohnya dungun memang banyak beza. Kalau barangan elektrik boleh dikatakan perbezaan harga mencecah RM200 lebih murah di dungun! Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang suka survey barang sebelum membeli. Kalau harga makanan pula (di sesetengah tempat) terkadang mengalahkan harga di KL atau Penang!
Saya pun xtau mengapa? tapi bila saya tanya kawan-kawan yang dah lama menetap kat sini diaorang cakap mungkin sebab area kemaman ni berdekatan dengan loji penapisan minyak petronas (area paka, kertih dan kawasan yang sewaktu dengannya). Jadi ramailah orang daripada luar terengganu yang datang bekerja di sini, so kalau letak harga tinggi-tinggi pun orang akan tetap beli juga (sebab orang yang kerja projek ni poket tebal)....tapi yang kesiannya kat orang jati sini yang kerja biasa-biasa saja, terpaksa menghadapi 'tempias' situasi sebegini...
Wallahhua'lam!