Saturday 23 July 2011

'...Nak Pergi Mekah Balik Hari Ker...?'

Pagi semalam sempat ke pasar tani dengan suami, masa saya tengah pilih-pilih sayur kat satu gerai seorang makcik ni tetiba datang seorang makcik 'vogue' (sebab walau dah berusia dalam lingkungan 60an tapi dressing dia siap berkebaya dan berselendang ala-ala yuna gitu)!

'....yang, pucuk ni berape harge?'
'RM 0.50 sen je...'
'Huh, kat sana jual RM 1! Mahal betul...dia ingat semua orang kaya-kaya main letak harga sesuka hati jer, geram sangat tadi saya tanye dia nak pergi mekah balik hari ker? cekik darah betul! kata pasar tani sayur murah-murah tapi ada jugak yang suke ambil kesempatan!....bla...bla...bla...

Makcik gerai yang sedang melayan saya hanya tersenyum jer sambil pandang saya. Semua orang kat gerai tu juga memberikan reaksi yang sama. Mungkin semua orang terkejut dengan reaksi makcik vogue tu yang tetiba jer datang menerjah.

Selepas itu, dalam kereta on da way nak balik ke rumah tagline 'nak pergi mekah balik hari' menjadi topik perbualan antara saya dan suami. Bagi saya, ada juga betulnya kata-kata makcik vogue tu. Kalau saya bandingkan harga barang area kemaman ni dengan tempat lain contohnya dungun memang banyak beza. Kalau barangan elektrik boleh dikatakan perbezaan harga mencecah RM200 lebih murah di dungun! Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang suka survey barang sebelum membeli. Kalau harga makanan pula (di sesetengah tempat) terkadang mengalahkan harga di KL atau Penang!

Saya pun xtau mengapa? tapi bila saya tanya kawan-kawan yang dah lama menetap kat sini diaorang cakap mungkin sebab area kemaman ni berdekatan dengan loji penapisan minyak petronas (area paka, kertih dan kawasan yang sewaktu dengannya). Jadi ramailah orang daripada luar terengganu yang datang bekerja di sini, so kalau letak harga tinggi-tinggi pun orang akan tetap beli juga (sebab orang yang kerja projek ni poket tebal)....tapi yang kesiannya kat orang jati sini yang kerja biasa-biasa saja, terpaksa menghadapi 'tempias' situasi sebegini...

Wallahhua'lam!



4 comments:

sekadar satu coretan said...

laa ieda tibe2 jer teringat..mcm same pulakkk...pernah org ckp mcm tu kat kak ain tau...sebab dia kate kak ain ni kedekut- nak g mekah balik hari ye...
hihihi tapi sebenarnye dia sajer buat lawak...

nak tau yg ckp tu org terengganu...

Nuwairani said...

terengganu dh naik taraf jd bandaraya dh skrg, lagi la harga brg naik...tp memang kesian utk org2 kampung yg keje biasa2 tu...

Nur_!eda said...

~kak ain~
hehe...mula2 dgr tu ieda rs nk trgelak gak sbb xpnh lg dgr statement tu...

mgkn org tganu biasa guna kot statement tu kak ain...hehe

Nur_!eda said...

~nani~
mmg btul tu nani, kkdang rs mcm dok kl @ penang plak!

xsalah kalau nk naiktaraf bandaraya tp yg xtahannya ada jugk org (xsemua) yg suka ambk kesempatan naik hrga brg ssuka ati jer...