Wednesday 1 June 2011

Nama Sebuah Kehidupan

Alhamdulillah!

Diam tak diam, pd hari ini genaplah tarikhnya iaitu 1 Jun 2011. Serasa masa beredar begitu pantas sekali, tp-tup pertengahan tahun 2011 sudahpun menjelma. Ah! begitu cepat masa berlalu, terkadang tanpa sedar banyak yang terpaksa kita tinggalkan demi mengejar sesuatu yang tidak ingin kita ketinggalan.
"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah kami dimatikan, hanya kepadaNya kami dikembalikan..."

Aku pasti itulah ucapan pertama yang terucap dibibir setiap kita apabila terjaga dari tidur
tiap pagi, ucapan tanda Syukur ke hadratNya kerna masih lagi mampu bernafas dan diberikan peluang untuk meneruskan hari yang entah bila penghujungnya. Wallahua'lam, itu hanya rahsia Dia Yang Maha Mengetahui. Moga2 bila tiba saat dan ketikanya kita semua sudahpun bersedia utk menempuhi alam yang 'baru' tetapi 'pasti' itu.


Hmm, walau apapun, pokok pangkalnya adalah SYUKUR, yer x? Semalam adalah sejarah, hari ini satu anugerah dan esok masih lagi menjadi satu misteri...so, nikmatilah kesempatan yang telah diberikan kepada kita hari ini kerna esok blm pasti kita berkesempatan untuk menikmatinya lagi. Inilah namanya sebuah kehidupan!





Bagiku, biarlah hari2 yang mendatang akan mendatangkan 1001 kebahagiaan utk diriku dan tiap insan yang berada di sekelilingku....Amin!


**syukur dan pasrah



 

1 comment:

qemaishak said...

Syukurrrr..moga terus diberikan kesihatan untuk melakukan amalan seharian.