Monday, 11 July 2011

Submit Assignment Untuk Cik Nani








Pertama sx  a very BIG and SPECIAL thnx utk cik nani dr LifE Is BeaUtifuL sbb sudi 'kurniakan' sy award kt atas ni. Hehe, tp bkn award ni sje yg sy dpt tau, ada yg lg ISTIMEWA iaitu syaratnya pla sy kena la reveal 7 Perkara Yang Anda Semua Belum Tahu Tentang Saya....Adoit!

Bila bc jer, nukilan cik nani tentang dirinya tu sumenya menarik dan mmg konpem sblm ni sy mmg xthu pun....yer la kn dh namenya 'perkara yg semua org blm thu'. Jadi dr smlm sy asyk perah otak, nk kaji blik tntg dri sy ni...apa lg yg org blm thu yer? jom baca jer la yer;


7 PERKARA YANG ANDA BELUM TAHU TENTANG SAYA A.K.A NURHIDAYAH HJ. MANAF

1. Nama penuh sy ni, Nurhidayah (Cahaya Petunjuk) diberikan oleh....cer teka,cer teka, cer teka? mak sy? salah! ayah sy? pun salah! nenek sy? salah jugak! atuk sy? lg la salah?! dh boring nk teka yer....ok la, ok la....sbnrnya nama penuh sy ni diberikan oleh kak long sy. Ms tu dia baru berumur 14 tahun. Arwah mak sy cite kt sy ms tu kak long sy smpai mrajuk2 nk letak nma sy sbb dia ckp itu adalah nama idaman dia sbb maksudnya baik. Jadi, sbb dia dh xblh guna nama tu, adik dia dpt guna pun dia hepy sgt! Ms arwah mak sy mula2 cite asl-usul nma sy tu, rs touching sgt dan ms tu jgk sy peluk dan cium kak long!

2. Sy adalh anak bongsu dr 6 org adik-beradik (3 lelaki dan 3 pompuan). Tapi cuma ank bongsu 1 mak 1 ayah sje tau... pelik ker? gini citerny...arwah mak meninggal waktu sy darjah 2 lagi, iaitu ms umur sy baru 8 tahun disebabkan breast cancer. Mgkn sbb ms tu sy msh kcil lg dan masih mmerlukn perhatian dan kasih sayg dr seorg ibu, jadi setahun slps arwah mak 'pergi' ayah berkahwin lagi. Hasil perkongsian hidup ayah dgn mak baru (yg tersgt la baik mcm mak sndiri), sy dpt lg 3 org adik. So, status bongsu tu cuma utk 1 ayah dan 1 mak saje la. Kalau 1 ayah 2 mak, status sy dh bertukar jd 'kakak'....sbb kwn2 yg xbpe nk thu sejarh hidup sy jd 'pelik' yg sy d'pggl 'adik' dlm family walaupun msh ada adik di bawah sy.

3. Masa kecik2 dulu sy lg rapat dgn ayah brbanding dgn arwah mak sbb ayah suka manjakan sy sedangkan arwah mak plk mmg 'tegas' dgn anak2, klu bt silp @ nakal mmg akan terasa la 'cubitan' yg halus dan menyengat kat paha....aduh! Seingt sy, ms dh masuk skolah tadika pun sy masih lg tido dgn arwah mak dan ayah. Hehe...sy tido kt tgah2 tp yg sy peluk tiap mlm adalah ayah! ptg2 lpas solat asar plk ayah suka bwk sy ikut dia pg lepak kt kedai kopi, pekena teh, smbl dgr kaum bapa dok sembg mcm2 cite....tp sy xmbk port pun, cuma asyk hirup teh yg ayah sejukkan dlm piring utk sy....suke sgt! bila time kuar jenjalan plk, pantg arwah mak dan ayah nk kuar pg mane2 ayah mst berkeras gak nk bwk sy same (walaupun arwah mak xnk bwk sbb dh bsar dan dh faham trick sy nangis guling2 mintk simpati ayah....hehe).

4. Kesukaan sy adalah rose merah jambu! sy pun xthu mgpa sy begitu tertarik sgt dgn rose merah jambu. Sy sukakan baunya yg wangi, ttp yg pntg sekali sy sukakan warnanya yg lembut. Bagi sy ia merupakan simbol kewanitaan. Walaupun nampk cantik, brbau wangi, penuh dgn kelembutan tp AWAS! ada duri di sekelilingnya. Andai tidak berhati2...ianya boleh 'melukakan' jari sbg senjata pertahanan diri. Stakat ni rose merah jambu yg plg bnyk pernah sy terima adalah pd majlis konvo sy iaitu sbnyk 30 kuntum (bersamaan dgn tempoh 3 thun perkenalan kami)! dr siapa? tentulah dr pakwe sy yg merangkap en.hubby sy skrg....

5. Ms kecik2 dulu sy hanya ada 2 MATLAMAT utama yg sy KEJAR dan USAHAKAN, iaitu Khatam Al-Quran dan belajar bersungguh utk masuk 'U'! Ini kerana 2 perkara berkenaan adalah 'amanat' terakhir dr arwah mak utk sy. Ms tu arwah mak baru shj selesai menjalani pembedahan utk membuang ketulan kanser pd payudara di Hospital Besar Kota Baru. Arwah mak panggil sy dan ckp '....mak nk adik belajar brsungguh2 biar smpai masuk 'u' dan mgaji quran biar khatam yer....'. Slps tu arwah mak beransur sht ttp 2 tahun slps tu arwah mak di'jemput'Nya tanpa sempt meningglkan sebarang pesan pd sy. Smpai skrg pesanan tu spt msh terngiang2 di telinga sy dan alhamdulillah, kedua2nya sudah sy tunaikan!

6. Sy mmg xblh dr org brleter, xthu knape....xsuke! xsuke! xsuke sgt! entah la, bila dgr jer org brleter kepala sy jd serabut sgt! mcm berselirat semua urat kt kepala ni....hatta org yg brleter tu bkn berleter kt sy pun! nk jer sy jerit kuat2 srh org tu senyap ataupun pegi jer berleter kt tmpt lain, yg pntg jgn la bg sy dgr leteran dia tu. Pernah ms kecik2 dulu arwah nenek dtg rmh sy, mcm2 yg dia berleter tntg makcik sy a.k.a menantu dia (nenek sy ni kategori mertua yg cerewet), sbb sy xtahan sgt dgr dia berleter sy kunci dia kt dapur xbagi kuar....nakal kn? bila ayah tanya knape bt mcm tu, selamba jer sy jwb '....serabut kepala asyk kena dgr nenek berleter jer....'. Bila time ayah berleter kt abg2 dan kakak2 sy plk (sedangkn diaorg xde pun kt situ) sbb ayah suke brleter kt blakang diorg jer, bila org tu ada kt depn mata....dia xsuke plk brleter, xfham! jd sy la yg sllu jd 'mangsa' tukang dgr....klu mcm tu selamba jer sy ckp kt ayah....'blh x ayah tangguhkn dulu 'kuliah' tu, nanti bila diorg blik ayah smbung blik...bru best'! hehe....ayah pun cuma senyum jer lar sbb dia dh fham sgt dgn 'perangai' sy yg satu ni.

7. Hmm, sensitifkah sy? yes! tp sy akan menjadi seorg yg sensitif hanya dgn family dan skrg dgn suami sy shj. Kalau dgn diaorg ni pantang jer diaorg ckp tinggi suara @ tegur sikit sy mmg akan cpt terasa, bahkan blh sampai menangis2. Dulu ms cuti sem 'u' sy sllu pg rmh kakak2 dan abg2 sy. Abg sy yg no. 2 tu (abg d) mmg tegas dgn anak2 dia, klu silp sikit mmg kenalah jawabnya. Ada satu mlm abg sy marh2 dgn tinggikan suara dan 'kurung' anak buah sy dlm bilik air tanpa buka lampu sbb xnk mgaji quran, meraung2 la budak tu sbb tkt gelap. Padahal abg sy marh kt anak dia tp sy lari masuk bilik smpai menangis teresak2. Apa lagi terkejut la abg dan kakak ipar sy....terkebil2 diaorg sbb xthu sbb apa sy nangis. Pastu baru la diaorg thu yg sy xblh dgr org mrh2 waima bkn diaorg mrh kt sy pun! pelik kn? tp itulah sy...smpai skrg ni pun, abg2 dan kakak2 sy xkn mrh anak2 diaorg dgn tinggi2 suara klu sy ada sama.


TAMAT!

Fuh! akhirnya dh abes sy cite, yg len2 tu nanti len thun kite cite yer. So, sbg meyambung 'tradisi'....di sini ingn sy menganugerahkan award di atas dan melakukan 'serahkan' tugasan ini pd bberapa org yg sy tringn sgt nk thu 7 perkara yg sy msh lg blm thu tntg diri 'mereka'. Sudilah kiranya 'mereka' yg 'bertuah' ini merealisasikannya yer,  blog yg bertuah ialah;



p/s: jom kita kongsi *cheritera*.....



Sunday, 10 July 2011

**mood hepy** sunday blues



Lalalala....ari ni sy gumbira sgt! nk tau nape? jeng! jeng! jeng! kasi suspen ckt....;





Pg td sy diserang 'sunday blues' (mood org malas nk pg keje). Ewah! ewah! suka2 hti jer kn cipta sndiri 'sunday blues' tu, yg biasa ada cuma 'monday blues' jer. Yer lar, kn sy skrg ni tggl kt pantai timur, so ari ahad adalah ari pertama dlm mggu bkerja. Adoit! malas sgt nk dtg keje pg td....Tuhan jer yg thu!

Tapi dlm malas2 tu sampai gak sy kt tmpt keje ari ni. Smpai jer kt parking lot, buka bonet kete nk tukar pkai heels (sbb sy suka drive pkai selipar jepun jer, tp yg cute tau....hehe). So, sbb tu sume heels yg chomel2 tu sy buat koleksi dlm bonet blakang kete (teruk kn....). Nk pg mane2 blh pkai terus, senang!

Aik???? Terkejut sgt bila tetiba jer nampk ada satu paper bag yg kecik tp cute dlm bonet kete pg td. Seingt sy xde plak sy letk @ terletk ape2 brg kt dlm tu. Conpius! Tp sbb paper bag tu dh sah2 ada dlm kete sy mst brg tu sy yg punyer kn, yer dak? suspen! suspen! ada bom ke ape...?

Oit! buka2 jer paper bag tu tersembul kuar spasang selipar warne kuning (yang org pkai dlm umah)...simple tp nmpk cute sgt! nampk mcm baru, siap brbungkus plastik lg....tp sape punyer?

Dlm sy mcm org mamai tu ttiba jer trima sms dr en. hubby;

"....cantik tak 'cik cute' tu....? nanti jgn lupe pkai tau..."

Owh! dr en.hubby rupanya! Bru tringt yg sblm tido smlm dia ada mintk kunci kete, katanya nk cri brg, tp bila msuk rmh xde pon bwk ape2....hmmm, bru ler fhm!

Yer la, dia blikan sbb 2,3 ari lepas sy ada mgadu, bt ayat sedih kt dia mcm biasa....ckp selipar yg sy pkai dlm opis 'uzur' sgt  (dlm opis sy xblh pkai kasut, 'shoe's off), nk pg bli asyk xsempt jer, sudahnya sy xpkai apa2 bjalan atas mozek, sbb tu kaki mula rs pedih2....ada tanda2 nk kena sindrom kaki pecah!

Hmm, sbb tu la kot dpt la jugak merasa pakai selipar free.....! dan dan tu jugak 'sunday blues' sy terus hilg. Alahai! kalau tiap2 kali 'sunday blues', dpt free gift mcm ni kn best....

Saturday, 9 July 2011

Sebuah Kisah Kehidupan


Fuh!

Baru boleh lepaskan lelah....pagi ni kelam kabut sikit, laju mengejar masa sampaikan rasanya bagaikan xterkejar.

Hari ini terjaga jam 6.45 pagi, kat luar rumah cahayanya dah terang-benderang. Alamak! Subuh dah melambai-lambai hendak pergi....tunggu, jangan pergi dulu! Kita belum lagi sempat bersua, mengapa cepat benar ingin berlalu....Ah! Rajukkah ia?

Kesal! Rawan! Tidak Merelakan! Kecewa!






Alhamdulillah!

Akhirnya, sempat jua kuucapkan 'selamat tinggal' pada sang subuh. Andai ada temuan kita, sudah tercatat dalam Loh Mahfuz, hari esok kita ketemu lagi. Tapi andai ini adalah pertemuan terakhir kita, kuharap 'kau' takkan membisu 'di sana' nanti. Katakanlah yang benar pada Dia yang Maha Pencipta....bahawa 'pertemuan' antara kita selalu 'ada'. Moga-moga akhiran sebuah perjalananku adalah di taman Syurga....Amin!






Satu kisah pengajaran buat pasangan suami-isteri yang sebelum tidurnya selalu takkan lupa untuk mengunci jam loceng. Tetapi apabila deringannya 'berkunjung', memang akan terus terjaga. Namun, hanya untuk 'mendiamkan' ia sambil dalam hati membisikkan "....ok, tunggu 5 minit lagi...." Sudahnya, bukan cuma 5 minit yang 'pergi'.....!

Plezzzzzz, jangan anda jua jangan jadi begini!











Thursday, 7 July 2011

Momen-momen Pertama Kali


Alhamdulillah!

Sebelum tu, nak inform awal2 yang n3 ni dibuat bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk @ menguar-uarkan pada seluruh 'dunia', cuma coretan ini dibuat untuk kenanganku di kemudian hari kerna ini adalah momen-momen pertama kali dalam kehidupanku sebagai seorang isteri.






Mungkin bagi kalian yang sudah lama bergelar isteri, saat ini sudah biasa dialami dan dirasai. Tetapi bagiku, hari ini adalah kali pertama aku berkesempatan untuk merasai pengalaman pertama 'bersahur' bersama seseorang yang bergelar 'suami'.

Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku berazam sekiranya diberikan kesihatan yang baik, aku ingin berpuasa di dalam bulan Syaaban ini, walaupun bukan sepanjang bulan yang Mulia, tetapi cukuplah sekiranya dapat mengerjakannya pada hari-hari yang disunatkan berpuasa.

Aku tahu, puasa sunat ini seeloknya dikerjakan di dalam bulan Rejab lagi dan dikesinambungankan sehingga bulan Syaaban menuju bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh keberkatan.....tetapi mungkin kerana terlalu 'alpa' akhirnya keinginan itu tergendala sehingga Rejab sudahpun jauh pergi....

Sehinggalah petang semalam, ketika menikmati minum petang sambil berkongsi cerita bersama suami, aku menyatakan keinginan nan satu itu. Tujuanku adalah untuk memohon keizinan dari suami selayaknya bagiku yang bergelar isteri. Tanpaku duga, suami jua mempunyai keinginan yang sama....Alhamdulillah!

Dek kerana terlalu teruja, malamnya aku excited sangat bertanyakan suami apa juadah yang dia ingin aku masakkan untuk makan sahur. Teringat masa kecil-kecil dulu, arwah mak selalu akan tanya kami anak-anaknya apa juadah yang ingin kami semua makan tidak kira untuk bersahur @ berbuka. Tujuannya adalah untuk menggalakkan kami semua bersemangat untuk bersahur. Hehe...lucu juga bila mengingatkan bila suami menjawab "....alin tanya b macam tu macam la b ni budak-budak yang susah nak bangun sahur, kena ada lauk yang sedap-sedap baru nak bangun..."

Syukurlah, selama 10 bulan kami berkahwin aku mula menyedari yang suamiku bukanlah seorang yang cerewet dalam pemakanannya, apa sahaja yang terhidang...dia sentiasa menghargai. Tidak pernah dia bersungut sekiranya aku cuma sempat menghidangkan hatta hanya sejenis lauk sahaja.

Disebabkan semalam ada lagi lebihan daging masak kicap yang aku masak pada petangnya, aku terus plan cuma nak masak nasi goreng daging sahaja untuk makan sahur. Teringat dalam peti ais ada lagi nugget yang belum dibuka, boleh juga dijadikan hidangan sampingan.

Sebelum tidur aku dah set jam awal-awal, plan nak bangun masak jam 4.30 pagi. Nasi sudah aku masak terlebih dulu sebelum tidur, cuma bangun goreng nasi, nugget dan buat air saja.

Jadi, pagi tadi bangunlah aku buat kesekian kalinya untuk masak makanan sahur sebagai seorang isteri. Dulu bangun sahur masak untuk keluarga tapi sekarang ni untuk suami pula, rasa teruja sangat! Pengalaman pertamalah katakan....tapi yang buat aku terharu adalah suami pun turut sama bangun untuk membantu apa yang patut. Rasa 'bahagia' sangat sebab memang aku tidak menjangkakannya. Kalau kat rumah aku, orang lelaki cuma bangun apabila makanan dah terhidang di atas meja saja....hehe.

Tapi bila mengingatkan yang suami perlu drive jauh untuk ke tempat kerja, bimbang pula takut mengantuk masa drive....aku 'halau' dia dari dapur untuk sambung tidur balik....tapi dia berkeras juga nak tolong. Malas nak gaduh-gaduh manja dengan dia, aku biarkan saja. Dia tolong masak air, goreng nugget, bancuh air, cuci pinggan, periuk, kuali. Aku pula.....?????Hehehe, cuma goreng nasi sahaja! Bila tengok jer macam tu, dalam hati rasa bersyukur sangat kerana Allah dah mengurniakan aku seorang suami yang penyayang dan mengambil berat sepertinya.

Suamiku memang seorang yang sentiasa ringan tulang untuk membantuku. Sebut jer apa kerja yang seorang isteri pernah buat yang dia xpernah buat....dari cuci baju, sidai di ampaian pastu angkat, cuci bilik air, cermin tingkap, cuci pinggan mangkuk, susun barangan kering dalam kabinet dapur, pergi pasar, sapu dan mop lantai, cuci kipas.....tetapi dua kerja yang dia memang surrender nak buat sebab xpandai adalah MASAK dan LIPAT BAJU, kalau yang dua kerja ni dia memang xpandai! Tapi xpe lah, aku dah cukup bersyukur dengan apa yang dia buat untukku.

Itulah pengalaman pertamaku bersahur sebagai seorang isteri. Mungkin anda semua kat luar sana ada pengalaman pertama sebegini yang lagi best, menarik tapi pengalaman yang aku rasai ini xkan pernah aku tukar ganti dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya ia begitu berharga!

Untuk berbuka nanti, suami dah inform nak berbuka kat luar....di mana???

Tunggu dan lihat!

Tuesday, 5 July 2011

SATA....Akhirnya Tertunai Sudah!

Hmm, nk tanye....anda semua pernah mkn SATA x? Sejenis makanan tradisional org Terengganu dan Kelantan (biasa di kawasan brdekatan pantai).

Dibuat daripada campuran isi ikan segar, kelapa parut, cili padi, bawang....xbpe pasti sgt, apa lg yang ada kt dlm tu sbb xpernh buat cuma tau mkn jer, hehehe....

Dibalut dgn daun pisang yang dibentuk menjadi bentuk kon kecil yang chomel2 gitu, dan dipanggang di atas bara api bt seketika sblm blh dimakan;






Rasanya yg kaya dgn isi ikan dan kelapa parut yg digaul brsama mmg trangkat abes, apalagi kunyahan itu brselang seli dgn gigitan cili padi dan bawang yang diracik halus, mmg fuh!!!!

Cer tgok pic kt bwh ni, chomel2 kn bentuknya, rs sayang jer nk mkn...cute sgt!









Dh lama tringin nk mkn ni, pg p.mlm smlm bru jumpe....4 biji RM 1....bli RM 3. En. hubby mmg peminat tegar, skejap jer abes. 1 biji cuma 1 suapan dia jer. Mggu depan nk bli lg, xsbr tggu....

Dh lama cari SATA yg blh menepati selera ni, ckup rasa semua ramuannya....Alhamdulillah, akhrnya tertunai sudah!

Friday, 1 July 2011

Hadiah Dari Hati


Dlm xsedar, tarikh sudahpun menginjak ke bln Julai, cuma tggl bberapa hri shj lg bln Syaaban akn menjengah.  Maknanya tggl lg sbln utk semua Muslim myambut bln yg penuh dgn keberkatan iaitu Ramadhan Al-Mubarak!

Sblm ni dh mncongak2 fikr apa agknya buah tgn yg blh d'berikan utk mak dan mak mertua sempena myambut bln Ramadhan nanti. Cuma sekadar tanda ingatan bt mereka, lgpun ada rezeki lbh sikit apalah salahnya berbelanja utk org yg kita sanjung kn...Alhamdulillah!

Berkebetulan pla smlm half day, fikr nk blik rmh awl2 pun bosan jgk sorg2 jer kt rmh. Hmm, akhrnya nani(miss bride's to b....) ajk temankn dia shopping brg2 kawin ckt. Klu dh namanya pompuan, bla dgr jer bab2 shopping ni mmg terus ON jer.

Dlm tgh jenjalan 'ukur' kedai2 tu trpandg kdai org jual telekung smbhyg, mmg trtarik sgt tgok...chomel2 sumenya, brmacam2 warna, bunga dan teknik sulaman. Pendek kata mmg blh rambang mata. Tapi disebabkan telekung tu utk mak dan mak mertua, dh set awal2 xnk yang kaler2, cuma nk cri yg sulaman putih shj, bla tgok xde la menonjol sgt. Lgpun dlu mak pernah kata lbh suka telekung yg sulamannya xde kaler2.

Alahai, wlupun sulaman putih ttp corak sulamnnya bebagai jenis smpai nk naik buntu nk pilih yg mana satu, nani pun 2x5 jer, makin kita blur makin dia heret jelajah ke setiap ceruk kdai. Mak oi....tolong! tolong!

At last, bila dh nampk yg btul2 brkenan d'hati, terus jer ambk, dh xnk fikr pnjg2 dh. Lg d'pilh, lg xthu nk pilh yg mane satu.

Inilah dia, sngaja pilh yg dh ada beg nanti senang mak nk bwk pg masjid. Nk bwk pg travel mane2 pun dh xpyh nk isi2 dln beg lain. Kedua2nya sama utk mak dan mak mertua;







Xsbar rasanya nk bg kt dua insan yg begitu 'istimewa' . Hrap2 mereka blh brgembira dgn pmberian yg tidak seberapa ini tp ianya adalah IKHLAS dr hati....;-)

Pagi jumaat yg damai....

Hari cuti yg tidak mberikankn apa2 makna buatku! Apa maknanya cuti bg diriku yg brgelar 'suri' bilamana 'en. hubby' TIADA dcc....???

KERJA!

Sekali lg ia menuntut pgorbanan dariku. Rajuk hati yg bru mula bertandg di hati kulempar jauh2 bila mgenangkn betapa en. hubby jua mmg tidk mgingnknnya ttp kerna tuntutan tggungjwb dia trpksa!

"....B cuba pulg awal, nti ada ms kita kuar...."

En. hubby yg dpt mgesan riak wajahku yg 'mendung' cuba memujuk pabila kusalami tgnnya lewt subuh td. Terbit jua rs kesal d'hati kerna mmbiarkn emosi menyelubungi diri. Sepatutnya, sbg seorg isteri kucuba memahami tggungjwb yg trpikul d'bahu suamiku.

Lantas, kuiringi kepergian en. hubby dgn wajah yg brseri2, ukirkan senyuman semanis mgkn agr wlu d'mana en. hubby brada, dia akn tetp mgingati, kepulangannya nanti yg blh mmberikan 1000 erti.....

Alhamdulillah!

Hari ini kuberjaya lg meletakkan rasional akal mengatasi emosi....Moga rumahtgga 'kami' sntiasa dRAHMATI, sentiasa ada sinar yg menyinari smpai ke pghujung hari....

Amin!