Saturday, 30 July 2011

Ahlan Ya Ramadhan

Asslamualaikum.

Alhamdulillah! Ramadhan kian menjengah, moga Ramadhan kali ini boleh membawakan 1001 sinar hidayah dalam hidup kita semua sebagai umat junjungan besar Nabi Muhammmad s.a.w. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda;

"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."

Ayuh! sama-sama kita semarakkan Ramadhan dengan Solat Terawih, Tadarrus Al-Quran, Iktikaf, Qiamullail, Banyakkan Sedekah dan Melakukan Banyak Amalan-Amalan Yang Terpuji. Moga Ramadhan kali ini kita tidak akn rugi lagi.....


sumber: google

Wednesday, 27 July 2011

Ed!s! Kecur L!ur

 
Tersembunyi dan Terselindung!
Taraaaaaaaaa!
Versi Close Up!
Sudah dipotong!

Sedia untuk dinikmati, yummy! yummy!
Psssttt....cer teka? cer teka? cer teka? Puas hati dapat makan buah ni, RM 10/kilo. 7 biji ni ngam-ngam 1kilo. Kalau makan dengan kuah rojak buah pun sedap juga ni. Anda semua panggil buah ni dengan nama apa yer????


Monday, 25 July 2011

Na!k, Na!k Dan Terus Na!k

Dulu maintain saja. Tak pernah lebih dan tak pernah kurang, 35-37kg! Walaupun BMI sememangnya tidak normal, tergolong dalam golongan orang yang kurang berat badan, tapi saya tak kisah! sebab saya rasa saya selesa dengan diri saya. Pakailah apa saja, semuanya BOLEH!

Tapi semenjak lepas kahwin saya dapat rasakan perubahan. Dari 35kg ke 37kg, hati kata '....xper, still maintain lagi.' Selepas itu, naik pula ke 40kg, '....hmm, mungkin mood hepy pas kahwin kot.' Naik lagi ke 43kg, '....alamak!' dan terkini naik pula mencecah 45.9kg! '....weight scale ni rosak ke?!!!'

Ohohoi! bad news! weight scale tu sememangnya tidak rosak, elok dan sememangnya berfungsi dengan baik! itulah 'hakikat' yang terpaksa saya terima dan hadapi kini ;- ( berat badan saya naik mendadak! owh tidakkkkkkkk!!!!!

Fasa perubahan sudah mula terasa. Saya dapat rasakan yang diri saya makin 'seksi dan seksa'! Anugerah ciptaan Ilahi pada setiap wanita yang dulunya mampu saya sorokkan sudah mula terserlah 'kegebuannya' sama ada di bahagian hadapan atau belakang...Ya Tuhan!

Azam saya kini, bersempena dengan bulan Ramadhan yang semakin mendatang agar saya diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah di samping mampu mengekang pertambahan yang kian mendadak ini....cukuplah sudah!


Sunday, 24 July 2011

S!nga vs Har!mau



Pabila dua kuasa besar 'bertemu', apa kesudahannya? Adakah sang S!nga boleh terus selesa @ sang Har!mau yang sudah ketinggalan bisa mengejar semula?

Entah! bagi saya masih banyak yang perlu diperbaiki oleh jurulatih Datuk K. Rajagopal terutamanya pada bahagian pertahanan yang begitu 'ampuh dan rapuh'. Menjadikah percaturan Datuk K. Rajagopal yang meletakkan Sarbinee Alawi sebagai penjaga gol? terlalu kaku dan terlalu mengharapkan barisan pertahanan untuk mengekang serangan pihak lawan...

Nantikan perlawanan timbal balik di Bukit Jalil.

Walaubagaimanapun, semangat sang Har!mau masih tampak kuat dan boleh dipuji dengan merapatkan jurang walaupun pernah jauh ketinggalan dengan 4-1 menjadikan penamat perlawanan 5-3.

Ayuh seluruh warga Malaysia, kita bangkit sepadukan sokongan buat skuad Har!mau Malaya!

Saturday, 23 July 2011

'...Nak Pergi Mekah Balik Hari Ker...?'

Pagi semalam sempat ke pasar tani dengan suami, masa saya tengah pilih-pilih sayur kat satu gerai seorang makcik ni tetiba datang seorang makcik 'vogue' (sebab walau dah berusia dalam lingkungan 60an tapi dressing dia siap berkebaya dan berselendang ala-ala yuna gitu)!

'....yang, pucuk ni berape harge?'
'RM 0.50 sen je...'
'Huh, kat sana jual RM 1! Mahal betul...dia ingat semua orang kaya-kaya main letak harga sesuka hati jer, geram sangat tadi saya tanye dia nak pergi mekah balik hari ker? cekik darah betul! kata pasar tani sayur murah-murah tapi ada jugak yang suke ambil kesempatan!....bla...bla...bla...

Makcik gerai yang sedang melayan saya hanya tersenyum jer sambil pandang saya. Semua orang kat gerai tu juga memberikan reaksi yang sama. Mungkin semua orang terkejut dengan reaksi makcik vogue tu yang tetiba jer datang menerjah.

Selepas itu, dalam kereta on da way nak balik ke rumah tagline 'nak pergi mekah balik hari' menjadi topik perbualan antara saya dan suami. Bagi saya, ada juga betulnya kata-kata makcik vogue tu. Kalau saya bandingkan harga barang area kemaman ni dengan tempat lain contohnya dungun memang banyak beza. Kalau barangan elektrik boleh dikatakan perbezaan harga mencecah RM200 lebih murah di dungun! Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang suka survey barang sebelum membeli. Kalau harga makanan pula (di sesetengah tempat) terkadang mengalahkan harga di KL atau Penang!

Saya pun xtau mengapa? tapi bila saya tanya kawan-kawan yang dah lama menetap kat sini diaorang cakap mungkin sebab area kemaman ni berdekatan dengan loji penapisan minyak petronas (area paka, kertih dan kawasan yang sewaktu dengannya). Jadi ramailah orang daripada luar terengganu yang datang bekerja di sini, so kalau letak harga tinggi-tinggi pun orang akan tetap beli juga (sebab orang yang kerja projek ni poket tebal)....tapi yang kesiannya kat orang jati sini yang kerja biasa-biasa saja, terpaksa menghadapi 'tempias' situasi sebegini...

Wallahhua'lam!



Thursday, 21 July 2011

Ingat 5 Sebelum Datangnya 5

Alhamdulillah! akhirnya dapat juga saya bersiaran setelah sekian lama (walaupun xsampai seminggu) menyepi. Begitulah hukum alam, sedangkan kita sentiasa diberikan peringatan ingat 5 sebelum 5...sebagai manusia biasa mungkin terkadang kita alpa namun kadangkala bila apa yang kita sentiasa kedapatan telah 'tiada' atau hilang buat seketika baru kita mula tahu apa itu erti 'menghargai' di waktu ada.

Ahad lepas diri 'diserang' keuzuran. kenikmatan 'sihat' telah ditarik buat seketika. Waktu itu, hanya Dia yang tahu betapa saya menghargai 'nikmat' sihat. Berbanding ramai lagi insan lain yang lebih 'hebat' ujian yang ditanggung mereka, saya insaf!

Bagi saya, mungkin ini adalah salah satu 'ujian' yang Allah berikan untuk menguji sejauh mana kesabaran saya dalam menghadapi 'ujian' dariNya. Redhakah saya? Ya, saya redha! Muhasabahkah saya? Ya saya sempat bermuhasabah. Syukurkah saya? Ya, saya teramat bersyukur. Sesungguhnya dalam 'sakit' itu adanya 'nikmat' yang mungkin terkadang kita tidak sedar atau terlepas pandang.

Syukran Ya Rabb!

....kerna berikan saya merasai 'sakit' agar saya menghargai apa itu nikmat 'sihat'.




Wednesday, 13 July 2011

~WW~Anda Bagaimana?



Saya PERNAH;

*Diserang DEMAM DENGGI


Saya DAH;

*Terima pamplet berkenaan DENGGI
*Buat semburan wasap sekeliling rumah
*Bersihkan kawasan rumah
*Hapuskan tempat aedes membiak


Anda BAGAIMANA?