Alhamdulillah! akhirnya dapat juga saya bersiaran setelah sekian lama (walaupun xsampai seminggu) menyepi. Begitulah hukum alam, sedangkan kita sentiasa diberikan peringatan ingat 5 sebelum 5...sebagai manusia biasa mungkin terkadang kita alpa namun kadangkala bila apa yang kita sentiasa kedapatan telah 'tiada' atau hilang buat seketika baru kita mula tahu apa itu erti 'menghargai' di waktu ada.
Ahad lepas diri 'diserang' keuzuran. kenikmatan 'sihat' telah ditarik buat seketika. Waktu itu, hanya Dia yang tahu betapa saya menghargai 'nikmat' sihat. Berbanding ramai lagi insan lain yang lebih 'hebat' ujian yang ditanggung mereka, saya insaf!
Bagi saya, mungkin ini adalah salah satu 'ujian' yang Allah berikan untuk menguji sejauh mana kesabaran saya dalam menghadapi 'ujian' dariNya. Redhakah saya? Ya, saya redha! Muhasabahkah saya? Ya saya sempat bermuhasabah. Syukurkah saya? Ya, saya teramat bersyukur. Sesungguhnya dalam 'sakit' itu adanya 'nikmat' yang mungkin terkadang kita tidak sedar atau terlepas pandang.
Syukran Ya Rabb!
....kerna berikan saya merasai 'sakit' agar saya menghargai apa itu nikmat 'sihat'.
11 comments:
sesekali merasa sakit mmg terasa nimat sihat kan ieda..itu ujian allah utk hambanya yd di kasihiNya
hmm, mmg btul tu kak aju...mungkin Allah nk uji atau bg peringatan kt kita supaya sntiasa brsyukr.
redha dan terima sakit itu sbg pghapus dosa2 kecil...
sakit2 tu penghapus dosa..kna byk2 bersabar ..pesanan utk diri sendiri jugak..:-)
dah lama tak dgr berita kak ieda...semoga sihat sepenuhnya...
patut la sunyi sepi jer..
byk2 bersabar dan berehat ye ieda..
~kak rose~
anggap sbg peringatan dr Dia, sama2 saling ingt-mgingati...
~nani~
yer la nani, ni slow2 nk jengah rumah 'sedara-mara', bnyk rsnye yg ketinggaln ni...;-(
~kak ain~
hehe...time ksh kak ain. Alhamdulillah! skrg ni dh bransur ok...
yah xpe ujian Allah moga dapat hapus dosa2 kecil kita..insyaAllah..moga cepat sihat ye:)
yup! alhamdulillah ma, dh bransur ok'-)
cik da sakit ape?urg pun mc semalam demam selsema
Post a Comment