Saturday 7 May 2011

Mem0ri sEc@NgkiR teH sUsu...:'(



Pernah ada kenangan manis antara aku, ayah n teh susu....dulu!


Zaman kanak-kanakku mungkin tidak sama dengan orang lain. Dia saat aku masih memerlukan kasih sayang, perhatian, belaian n tunjuk ajar se0rang ibu...dia telah ‘pergi’ ke sisi Ilahi Yang Maha Esa. Waktu itu, aku baru sahaja berumur 8 lapan tahun, belum lagi puas rasanya kuteguk kasih sayang dari insan yang bergelar ‘ibu’...aku terpaksa terima, andai itu sudah ketentuanNya. Mungkin bertitik tolak dari situ, ayah memanjakan aku lebih dari orang lain kerana dia tahu hanya dia yang aku ada sebagai tempat bermanja dan perlu dimanjakan.

Biasanya, setiap petang seusia solat Asar, ayah akan ke kedai k0pi untuk minum teh sambil berkumpul bersama rakan-rakannya. Pada waktu itu, sekiranya ayah mencariku dan mengajak aku mengikutinya, sudah ku tahu destinasinya ke mana.

“teh susu satu!”

Itulah minuman wajib yang akan ayah pesan. Teh susu panaskan akan ayah sejukkan dengan menuang ke dalam piring, itu untuk aku...sepiring teh susu sudah cukup buat aku tersenyum lebar. Tapi yang paling penting kami gembira kerana dapat berkongsi secawan teh susu bersama-sama....seperti kami yang saling berkongsi kasih sayang berdua, walau tanpa kata-kata...kudapat rasakan betapa kasihnya dia pada diriku...itu yang kupasti!

Sehingga kini, kumasih lagi merindui secawan teh susu yang dihirup bergilir-gilir di dalam piring bersama ayah. Andainya kenangan itu dapat kuputarkan semula, walau hanya sesaat cuma....itu sudah cukup memadai kerna itu lambang ‘CINTA’ kami berdua....;-)



No comments: