Sunday 22 May 2011

Mungkinkah???

Baru jer dapat berita, kemungkinan besar 'kami' terpaksa berpisah buat sementara waktu :'(

Sejak 8 bulan bergelar suami isteri, kami xpernah berenggang@berpisah dalam tempoh masa yang lama, paling lama pun seingt aku cuma semalaman je sebab en. hubby kena standby utk projek urgent...kena stayback sampai pg. Itupun sudah cukup menyeksakan bagi aku sebab tido aku xkan lena tanpa en. hubby dcc...aku rasa, mungkin semua yang bergelar isteri akan mengalami perasaan yang sama, rasa lain bila suami yang sentiasa ada menemani kita saban malam tiba-tiba TIADA!...betul x????

Bagi aku, waktu malam sebelum tido adalah waktu yang paling berkualiti dan bermakna bagi aku dan suami (jangan silap faham yer...). Yer la, seharian kami berdua di tempat kerja masing-masing, jarang ada peluang untuk keluar makan bersama @ bertemu kerana tempat kerja aku dan suami jauh, cuma kadang-kadang jer 'curi' masa untuk keluar lunch date bersama.

So, waktu malam la kami dapat berborak panjang, saling berkongsi cerita bersama...

TAPI....

Tadi en. hubby inform, kemungkinan besar dia terpaksa 0ut-stati0n ke Melaka paling sekejap pun 3minggu, sebab kena uruskan projek baru kat sana, itu pun bergantung pada keadaan, kalau ada masalah yang tidak dijangka, mungkin lebih lama dia kat sana.

PAP!

Aku xtau macam mana nak gambarkan perasaan aku apabila terima berita tu...terKEJUT, SEDIH, TAKUT...semua ada!???

TERENGGANU-MELAKA

Jauh jaraknya, tapi yang paling penting mengapa mesti suamiku yang terpilih???
Tapi, aku Redha, mungkin ada HIKMAH yang tersembunyi, itu adalah rahsia DIA.
Sesungguhnya, manusia hanya mampu merancang tetapi sebaik-baik perancangan hanya olehNya!

Tapi disebalik semua ni, aku bersyukur

ALHAMDULILLAH!

Allah Limpahkan rezeki buat kami :')
Sesungguhnya DIA meMAKBULkan doa yang aku titipkan pdNya tiap masa
Moga kami dilimpahkan rezeki yang HALAL

**menunggu dalam debar bila en. hubby kena pg melaka @ kami terpaksa berpisah buat sementara waktu....????


No comments: